• Home
  • VLOG
  • PENDIDIKAN BUKAN PENENTU KEJAYAAN

PENDIDIKAN BUKAN PENENTU KEJAYAAN

Keluarga saya mementingkan pendidikan, tidak hairan bapa dan adik beradik beliau belajar sehingga pasca ijazah, malah hingga ke luar negara. Namun, setelah beberapa tahun bekerja sendiri saya berpendapat pendidikan bukan penentu kejayaan

Ketika di universiti dahulu, saya bukanlah pelajar cemerlang. Zaman itu saya lebih leka bermain musik. Tak pergi jauh pun, sekadar gig² kecilan bawah tanah.

Belajar bukan keutamaan, survival lebih penting. Barulah punk rock. Apapun, saya habiskan juga belajar dan memperoleh ijazah dalam kejuruteraan.

Ketika dapat kerja di Singapura, saya terjumpa beberapa orang yang belajarnya sehingga sekolah menengah sahaja, namun pendapatan mingguan sahaja melebihi pendapatan bulanan saya.

Ketika itu, terdetik di hati saya; kita ni, belajar teruk², teori litar fail sehingga 5 kali. Kerja 9-5, gaji tak seberapa, stress melampau² namun untuk apa?

Ketika itu saya sedar bahawa pendidikan bukan penentu kejayaan. Kejayaan pula subjektif ikut pandangan masing², asalkan seronok dengan apa yang dilakukan untuk survive oklah, kan?

Bapa saya umurnya 27 sudah ada PhD. Malah, beliau lelaki Malaysia pertama graduan Kimia di Cambridge. Hebat?

Namun, cemerlang tak menjanjikan kekayaan pun. Hidup saya taklah susah, tapi tak juga senang. Bila sudah ada anak sendiri, baru saya faham kenapa ada masa Mak masak maggi untuk kami adik beradik 6 orang.

Zaman sekarang bila baca berita, sering juga saya lihat graduan tiada kerja, malah banyak yang mengangur. Pilih kerja kah? atau memang tiada kerja yang berkaitan? Zaman sudah berubah, competition sekarang susah.

Setelah bertahun-tahun di dalam dunia korporat, saya kelesuan, tiada lagi keseronokan bekerja. Semulajadi naluri punk rock, saya sering bertanya, apakah kehidupan seperti ini yang saya mahukan?

Umpama tikus, yang berlari dan bekejaran dalam satu perlumbaan yang tidak sudah. Maka saya ambil keputusan, unplug. Ambil pil merah. Siapa kata kerja sendiri tidak boleh hidup?

Pendidikan itu penting untuk kelangsungan hidup, tapi saya fikir apa yang kita belajar untuk hidup itu lebih penting. Pendidikan bukan penentu kejayaan.

Sayangnya, negara kita masih tidak melihat kemahiran sebagai satu cara peroleh pendapatan. Berbeza dengan di negara maju luar, seorang tukang kayu pendapatannya setara jurutera, malah mungkin lebih.

Pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini