Kalau dulu nak ambil emas fizikal, kita mungkin terbayang kena pergi ke cawangan Public Gold.
Sekarang untuk item tertentu, ada cara yang lebih mudah iaitu Gold in Transit atau GIT.
Secara mudah, GIT membolehkan emas fizikal dihantar terus ke alamat pelanggan tanpa perlu datang sendiri ke cawangan.
Apa Itu Gold in Transit?
Gold in Transit ialah perkhidmatan penghantaran emas fizikal Public Gold terus ke rumah atau alamat yang dipilih.
Bagi pemegang akaun GAP, GIT juga menjadi salah satu cara untuk mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan dalam akaun kepada bentuk fizikal.
Penghantaran dibuat dengan perlindungan insurans, tertakluk kepada syarat dan pilihan yang dipaparkan dalam sistem Public Gold.
Tonton Video Penerangan GIT
Saya pernah buat video ringkas mengenai Gold in Transit untuk menunjukkan bagaimana proses ini berfungsi.
Video ini boleh dijadikan gambaran umum tentang proses GIT.
Namun, paparan website, kedudukan menu atau beberapa langkah mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sebab itu saya sertakan maklumat terkini dalam artikel ini sebagai rujukan tambahan.
Cara Menggunakan GIT
Jika mahu mengeluarkan emas daripada akaun GAP, login ke akaun Public Gold melalui website.
Pergi ke bahagian GAP > Withdrawal, kemudian pilih item emas yang mahu dikeluarkan.
Jika item tersebut layak untuk GIT, sistem akan memberikan pilihan penghantaran ke alamat anda.


Sebelum sahkan permohonan, semak:
- item dan berat emas,
- alamat penghantaran,
- nombor telefon,
- premium item jika ada,
- dan caj penghantaran yang dipaparkan.
Emas Dipos, Selamat Ke?
Ini antara soalan yang biasa orang tanya.
Penghantaran melalui GIT mempunyai perlindungan insurans sepanjang proses penghantaran.
Walaupun begitu, pastikan alamat dan nombor telefon anda betul. Simpan juga rekod atau nombor tracking sehingga emas selamat diterima.
Ada Caj Tak?
Kos yang perlu dibayar boleh bergantung kepada item, premium dan kadar penghantaran semasa.
Sebab kadar boleh berubah, semak jumlah yang dipaparkan dalam sistem sebelum sahkan permohonan.
Jangan terlalu bergantung kepada kadar lama dalam video atau artikel terdahulu.
Kalau Item Tidak Layak GIT?
Untuk item yang tidak ditawarkan melalui GIT, biasanya anda perlu membuat appointment untuk mengambil emas di branch Public Gold.
Panduan itu saya terangkan secara berasingan dalam:
Cara Mengeluarkan Emas Dari Akaun GAP Public Gold
Sebelum Anda Pergi…
Gold in Transit memudahkan kita mengambil emas fizikal tanpa perlu datang ke cawangan.
Video di atas boleh membantu anda memahami konsep dan proses asasnya, manakala screenshot dan nota dalam artikel ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk paparan website yang lebih terkini.
Yang penting, semak item, alamat, premium dan caj yang dipaparkan dalam sistem sebelum sahkan permohonan.

