Perkara ini sering menjadi persoalan, khasnya bagi mereka yang mungkin dalam keadaan terdesak wang, memiliki emas fizikal dan memerlukan duit. Post kali ini saya cuba mengajak anda tafsir sendiri yang mana lebih baik, samada jual atau pajak emas atau bahasa pasarnya, masuk penjara.
Untuk lebih mudah faham, kita akan membuat perbandingan bagi emas fizikal dalam akaun GAP Public Gold kerana ada pilihan untuk jual semula ataupun pajak secara Ar-Rahnu. Semua transaksi adalah secara online dan paling penting, patuh syariah.
#1 – Jika kita jual emas GAP
Dalam web atau app, kita boleh jual emas GAP di bahagian “buyback”. Katakan kita ada 20g gold bar dan mahu jual semula, spread dikenakan adalah sebanyak 8%.
System akan memaparkan harga buyback ketika itu setelah ditolak spread. Dalam kes ini harga beli semula oleh Public Gold adalah RM7,140.00. Duit akan dibayar ke akaun pilihan kita atau ke default account (perlu diisi di bahagian “bank info”) dan proses transfer mengambil masa sehingga 2 hari bekerja.
#2 – Jika kita pajak emas GAP
Untuk memajak emas GAP kita, buat masa ini hanya boleh dilakukan di dalam versi web. Kita ambil contoh yang sama, 20g dipajak ke Public Gold. Sebelum itu ada beberapa terma yang perlu kita faham iaitu;
Dengan amaun berat yang sama, kita akan dapat bayaran pinjaman sebanyak;
70% x RM7,780.00 = RM5,446.00
Namun, perkara yang penting kita perlu ingat adalah upah simpan. Mana² Ar-Rahnu akan mengenakan upah simpan dan setiapnya berbeza kiraan ke atas nilai marhun (nilai emas yang dipajak) dan kebiasaannya dibayar ketika menebus semula emas.
Maka kita ada kos tambahan lagi;
Upah Simpan Public Gold:
6 bulan x 1% x nilai marhun (RM7,780.00) = RM466.80
Jadi untuk menebus semula 20g emas yang dipajak itu kita perlu membayar nilai pinjaman + kos simpan iaitu:
RM5,446.00 + RM466.80 = RM5,912.80
Kesimpulannya, jika melihat pada “untung” semata², semestinya jual emas memberikan kita pulangan yang lebih lumayan berbanding dengan memajak emas. Namun, kita perlu ingat; bila kita jual emas kita bermakna emas itu bukan lagi milik kita.
Jadi, pendapat peribadi saya; sekiranya kita ada keperluan cash segera dan mampu menebus semula emas tersebut maka pajak adalah pilihan yang lebih baik kerana kemudian hari, emas itu akan kembali ke tangan kita setelah ditebus semula. Namun, sekiranya dalam keadaan yang terdesak dan tidak tahu kemampuan untuk tebus semula, jual sahaja emas tersebut dan hasil duitnya digunakan untuk menguruskan situasi terdesak kita.
Di sini juga kita boleh lihat, kelebihan emas sebagai satu instrumen penyimpan nilai yang boleh kita gunakan ketika keadaan mendesak bagi memperoleh duit. Soalnya sekarang, jual atau pajak emas? Hanya kita yang boleh tentukan mana yang lebih bagus untuk situasi kita.