Ada orang mampu beli kereta, tapi tak mampu membela kereta kerana kos perbelanjaan bermusim yang tidak dikira sekali
Sewaktu awal beli kereta, saya ada terbaca tulisan seorang blogger automotif sohor. Beliau mengupas kemampuan membeli kereta rakyat Malaysia terutamanya graduan yang baru bekerja.
Dalam penulisan beliau ada menekankan perlu diambil kira kos penyelenggaraan kereta (termasuk tukar tayar), insurans dan roadtax, etc dalam purata tanggungan bulanan, selain daripada bayaran bulanan bank.
Bila dikira semula, baru nampak tak semua kereta mampu milik.
Lepas beli kereta, saya adakan tabung seperti saranan beliau, and bila tiba masa untuk servis jarang saya berpeluh dahi. Kadang² tu ada la juga sikit. Tapi, amnya duit sudah tersedia
Amalan menjaga tabung simpanan perbelanjaan bermusim ini saya teruskan dgn memasukkan segala perbelanjaan tahunan yang saya rasa perlu disimpan; belanja raya, takaful, bosiet, medical offshore, duit ke klinik dsb.
Bila dah time, tak kalut. Sebab dah memang ada duitnya tersedia.
Tak rugi menabung geng