pelan perbelanjaan

PAKSA DIRI BUAT PELAN PERBELANJAAN

Semasa bekerja di kilang membuat meter TNB dahulu, seorang sahabat mengajar saya betapa pentingnya untuk paksa diri buat pelan perbelanjaan.

Malah Bos lama saya dulu selalu pesan, “If you fail to plan, then you plan to fail”. Banyak lagi quotes legenda dan ajaran beliau yang sedikit sebanyak membentuk saya hari ini

Gaji permulaan saya di kilang membuat meter TNB ketika itu sekitar RM1500. Cukup bulan gaji biasanya gaji selesai. Namun masih boleh hidup, maklumlah pergi balik kerja naik motor dan masih bujang. Tinggal pun di rumah mak.

Sampailah masa saya nak kahwin. Hafiz yang ketika itu sudah berkahwin bertanya, “nak kahwin ni sempat kah kumpul duit?”

Beliau berkahwin ketika zaman belajar di UK dulu. Kahwin muda, jadi duit sangat terhad ketika itu, dan menjadi antara sebab memotivasikan beliau untuk merancang kewangan dengan lebih baik.

Beliau ajar saya bagaimana membuat perbelanjaan bulanan dengan menggunakan MS excel. Ketika itu memang tak pernahlah pakai excel, namun saya gagahkan jugak, belajar macam mana nak guna.

Alhamdulillah sampai sekarang saya masih mengamalkan membuat pelan perbelanjaan bulanan malah tahunan dengan excel. Excel perbelanjaan boleh membantu kita dari segi planning dan tracking. Kalau nak detail lagi, boleh catat setiap perbelanjaan harian. Sekarang sudah ada app di smartphone lagi!

Bila ada plan, baru kita disiplinkan diri ikut plan.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini