Arkib

Tags

  • Home
  • Umum
  • BAYAR SAMAN POLIS ONLINE DENGAN DANA KECEMASAN
bayar saman polis online
InUmum

BAYAR SAMAN POLIS ONLINE DENGAN DANA KECEMASAN

Aduh kena saman pula! Cepat² bayar saman polis online sementara masih boleh kompaun

Kali terakhir saya disaman polis sekitar tahun 2015. Kesalahan parking kereta di bahu jalan. Sederet kereta disisipkan nota putih, maklum saja pasar Ramadhan ramai yang membeli juadah, parking pula sangat terhad.

Semalam saya kena surat kerana kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal (LDP tol Puchong). Memang sudah jadi tabiat jika lalu situ potong terus ke tol, laluan motosikal pusing jauh.

Mak selalu bising kalau surat sampai rumah (IC masih alamat rumah Mak) Mana tidak, jika 1 saman RM80 – RM150, kalau 5 – 10 keping, jumlahnya boleh rebah juga. Takkan nak tunggu diskaun PDRM?

Sebaiknya selesaikan terus ketika saman masih boleh dikompaun (14 hari).

Saman adalah kategori “unexpected expenses”. Bukan lah kita sengaja nak melanggar undang² jalan raya, tetapi kadang² kita lupa dan leka, kan?

Nak bayar saman polis online pun kena pakai duit geng, jika terlepas tempoh kompaun bertambah pula. Maka sebab itu salah satu kegunaan tabung kecemasan adalah untuk perbelanjaan tak sangka (‘unexpected expenses’) seperti ini.

Duit dah ada, bayar saja saman. Jauhi rasuah. Terbaiknya, patuhilah undang² jalan raya, confirm tak kena saman 😁

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini