Arkib

Tags

  • Home
  • Umum
  • MISKIN BANDAR DAN DILEMA GAJI KECIL
dilema gaji rendah
InUmum

MISKIN BANDAR DAN DILEMA GAJI KECIL

Hari Gaji. Ada yang seronok. Namun ada segelintir umat terutamanya di bandar terpaksa menghadapi dilema gaji kecil

Jika
Gaji = Simpanan + Belanja;

Senario A
Gaji naik, adakah Simpanan atau Belanja yang naik? Atau keduanya?

Senario B
Gaji sama, Belanja naik (belanja dapur meningkat, belanja ke kerja pun meningkat dsb). Adakah Simpanan dikurangkan? Atau tiada langsung simpanan?

Senario C
Gaji sama, Belanja dikurangkan (mencari jalan berjimat sana sini). Adakah Simpanan ditambah?

Rasanya, kalau di KL ramai yang jatuh dalam Senario B.

Ada sahabat saya yang terpaksa batalkan takaful, dan lain² kerana sudah tidak mampu. “Miskin Bandar” katanya. Sedih saya dengar terutama bila terkenangkan anak²nya. Sahabat lain pula ada yang masih tegar dengan memberikan keutamaan kepada simpanan, diadakan tabung hijau dan oren lagi.

Inilah dilema biasa rakyat miskin bandar. Bagus jika boleh dari Senario B ke C

Sehingga sekarang saya masih cuba mengurangkan Belanja. Memang tak senang. Tips berjimat? Saya pasti anda juga sudah banyak membuat research tips berjimat di google.

Satu perkara saya nak anjurkan, apa kata jika

Gaji = Simpanan + Belanja

Ditukarkan kepada;

Gaji + Pendapatan Tambahan = Simpanan + Belanja

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini