Arkib

Tags

MULA PELABURAN EMAS DENGAN MODAL SEKECIL (RM100)

Orang selalu ingat nak beli emas kena berkilo², sebenarnya kita boleh mulakan pelaburan emas dengan modal serendah RM100..

Jika baru mula nak beli logam berharga ini, beli saja dahulu item kecil² contohnya 1 gram, atau jika ada modal sikit boleh juga beli 1 dinar (4.25 gram)

1 gram Public Gold harga sekarang harga retail RM350 (kemaskini Nov 2020). Boleh walk in ke branch atau hubungi mana² dealer berdekatan anda.

Atau, jika bajet kita kecil, boleh juga beli logam ini dengan serendah RM100. Kita ada pilihan gunakan akaun Gold Accumulation Program.

Dengan menggunakan akaun ini kita boleh buat belian dalam gandaan 1 gram (sekitar RM175 – 178, Disember 2016) atau belian dalam gandaan RM100 (akan ditukarkan ke nilai emas sehingga 4 titik perpuluhan).

Contoh, hari ini harganya RM173/g. Katakan Anas memulakan pelaburan emas ini dengan RM100.

Jumlah berat yang Anas dapat;

RM100/173 = 0.5780g

Jika anda sudah ada simpanan, syabas saya ucapkan. Namun jika anda mencari alternatif simpanan maka saya syorkan juga menyimpan sedikit logam berharga ini dan raih manfaatnya.

Ikut bajet sendiri, jika mampu menyimpan berdikit² boleh cuba simpanan ini secara 1 gram 1 bulan.

pelaburan emas

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini