Arkib

Tags

BIARKAN SAJA CARTA EMAS BERBICARA

Dalam pelaburan emas, terbaiknya kita hendaklah lengkapkan diri dengan ilmu mendeduksi carta emas untuk melihat pergerakan pasaran, supaya kita dapat memaksimakan keuntungan.

Kalau Bos saya dulu dia kata, “Biar tak Untung, Jangan Rugi”.

Di bawah saya sertakan sejarah carta emas 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun sebagai rujukan, saya tukarkan ke RM/g untuk kesenangan pembaca.

Ingin saya ingatkan, bila merujuk sejarah harga kita kena sentiasa lihat harga dalam USD/oz. Ini kerana harga emas dalam RM/g bergantung kepada kekuatan membeli RM itu sendiri. Lagi jauh USD tinggalkan RM, lagi mahal-lah harga emas.

Cuba kita buat contoh pengiraan, ambil yang senang iaitu harga awal dan harga akhir dalam carta. Sekadar memuaskan hati masing². Ini hanyalah kiraan mudah, saya tidak ambil kira premium over spot price, premium syarikat, spread value etc.

Carta harga emas 1 tahun:

carta emas

Harga mula RM145/g, Harga akhir sekitar RM168/g

Jumlah kenaikan harga emas = (RM168-RM145)/RM145 x 100% = 15.8%

Pulangan yang menarik?

Kita tengok pula carta sejarah 5 tahun:

gold_5_year_g_myr

Harga mula RM180g, Harga akhir sekitar RM168/g

Jumlah kenaikan harga emas = (RM168-RM180)/RM180 x 100% = -6.7%

Harga emas dalam sejarah paling tinggi dicatatkan pada tahun 2012. Ramai yang membeli ketika ini sampai sekarang rasa marah kerana dalam fikiran, “Emas tak mendatangkan keuntungan”

Kita tengok pula carta sejarah 10 tahun:

gold_10_year_g_myr

Harga mula sekitar RM75/g, Harga akhir sekitar RM168/g

Jumlah kenaikan harga emas = (RM168-RM75)/RM75 x 100% = 124%

Pulangan lumayan. Tapi sanggupkah tunggu 10 tahun? Penyimpan tegar memang menyimpan emas lama. Kalau tak, orang tua² dulu tak sibuk beli barang kemas.

Apa yang kita dapat simpulkan di sini?

  1. Emas penyimpan nilai yang baik, walaupun harga spot sentiasa berubah naik dan turun. Bila disimpan lama, tetap untung. Carta pun dah tunjuk, harga emas sentiasa meningkat secara keselurahan
  1. Merujuk kepada kategori pembeli emas, jika kita sebagai Penyimpan, tak kisah harga rendah atau tinggi, pembelian emas secara konsisten pasti menambahkan jumlah berat simpanan emas. Berat bertambah, nilai pun bertambah di kemudian hari (dalam kes ini, bertahun). Selain itu, pembelian berterusan membolehkan kita mendapat harga purata per gram yang lebih baik.
  1. Jika sebagai pelabur, kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu membaca pergerakan emas. Dari situ kita boleh menggunakan maklumat pergerakan harga emas iaitu membeli ketika harga rendah dan menjual ketika harga tinggi. Keuntungan dapat dimaksimakan.

Saya sudah kongsikan graf harga emas emas 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun di sini. Sekadar perkongsian dengan harapan dapat membantu anda menilai sendiri sejauh mana kebolehan emas dijadikan salah satu portfolio simpanan dan pelaburan anda.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini