Arkib

Tags

emas sebagai aset

JADIKAN EMAS SEBAGAI ASET

Saya selalu cakap dengan kawan² “aku tak cukup duit nak beli rumah, jadi aku jadikan emas sebagai aset permulaan”

Emas ialah penyimpan nilai dan sudah jelas, walaupun ada naik dan turun, logam ini merupakan penyimpan nilai yang baik dalam jangka masa lama, atau “tabung simpan nilai”

Cuba kita lihat data dari Gold Price.org, kadar peningkatan nilai logam berharga ini (dalam RM/g) ialah 10.41% setahun. Ini bermakna anda beli 10 gram Public Gold hari ni 24 Disember 2016 pada harga RM1757. Tahun depan nilai-nya boleh meningkat ke RM1932.70. Untung RM175.70 (tidak mengambil kira spread value).

Namun, ada juga tahun² yang harga emas kurang memberangsangkan. Malah, jika beli ketika harga puncak 2012 kita pasti akan rasa rugi harga nya paling tinggi tercatat dalam sejarah (dalam USD/oz)

Sebenarnya jika kita menyimpan emas kita sebenarnya “menyimpan berat” itu.

Berat tidak akan berubah, jika beli 5g contohnya; 10 tahun kemudian pun 5g itu tetap 5g. Apa yang berubah ialah harganya. Jadi, boleh kata berat itu pengunci nilai, dan nilai itu boleh berubah² mengikut masa.

Kita boleh lihat data dari Gold Price, untuk jangka masa lama logam ini akan sentiasa naik harga. Oleh itu, jom kita bersama-sama kumpul berat.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini