Timbangkan dahulu beberapa perkara. Tidak semua syarikat sama, malah bergantung kepada diri kita sendiri dalam menentukan pelaburan emas terbaik di Malaysia..
Nak beli apa pun haruslah kita lihat sesuatu itu secara keseluruhan. Saya berjinak berjual-beli logam ini setelah sekian tahun menyimpan terlebih dahulu. Di sini saya mahu menyenaraikan 5 faktor² sebelum kita membeli emas;
- Harga
Nak beli apa pun janganlah asyik tengok harga murah sahaja saja. Sama halnya dalam hal nak beli emas. Harga murah sahaja tak menjamin kualiti. Harga mahal pula tak semestinya bagus.
- Spread
Kita perlu cari syarikat yang menawarkan spread paling rendah agar dapat memaksimakan keuntungan kemudian hari bila mahu jual semula
- Ready Stok
Jika syarikat asyik pre-order sahaja dan tiada stok tersedia, susah juga kan?
- Mudah dipajak
Orang berniaga kecilan macam saya kadang² pajak emas untuk dijadikan pusingan modal jangka pendek. Jadi kita perlu cari emas kurang cerewet agar mudah dipajak gadai
- Platform
Syarikat menyediakan platform jual beli yang straight forward, mudah diakses dan online selari dengan aliran zaman
Sebagai tambahan, untuk yang beragama Islam pastikan mahu proses jual beli kita berlandaskan prinsip muamalat, jadi mencari syarikat yang tersedia sijil Patuh Syariah juga adalah tanggungjawab kita.
Dan yang saya rasa paling penting. Jangan melibatkan diri dengan scam atau skim cepat kaya.