Arkib

Tags

  • Home
  • Cara Reset Password Website Public Gold

Cara Reset Password Website Public Gold

Jika anda tidak boleh login ke website Public Gold kerana terlupa password, anda boleh gunakan fungsi Forgot Password untuk menetapkan password baru.

Panduan ini sesuai untuk pengguna yang sudah mempunyai PG Code tetapi tidak dapat masuk ke akaun sendiri.

Apa Yang Perlu Ada?

Sebelum reset password, pastikan anda ada:

  • email yang digunakan semasa daftar akaun Public Gold,
  • nombor kad pengenalan,
  • nombor telefon berdaftar,
  • akses kepada SMS atau WhatsApp di nombor telefon tersebut,
  • dan password baru yang mahu digunakan.

Penting untuk pastikan email dan nombor telefon yang digunakan adalah sama seperti yang telah didaftarkan dalam sistem Public Gold.

Langkah Reset Password Public Gold

1. Klik Forgot Password

Pergi ke ruangan login website Public Gold.

Pada bahagian login, klik Forgot Password untuk memulakan proses reset password.

2. Masukkan email berdaftar

Masukkan alamat email yang telah didaftarkan dalam sistem Public Gold.

Pastikan email ini sama dengan email yang digunakan semasa anda register akaun Public Gold dahulu. Jika email tidak sama, proses reset password mungkin tidak berjaya.

3. Masukkan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan

Selepas itu, masukkan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan anda.

Contohnya, jika nombor kad pengenalan anda berakhir dengan 123456, masukkan nombor tersebut di ruangan yang disediakan.

Pastikan no kad pengenalan betul, seterusnya tekan butang “Verify”

4. Masukkan verification code

Sistem akan menghantar verification code ke nombor telefon berdaftar anda melalui SMS atau WhatsApp.

Semak mesej yang diterima, kemudian masukkan kod tersebut di ruangan verification code.

Pastikan anda menggunakan kod yang terbaru jika anda membuat permintaan lebih daripada sekali. Seterusnya tekan Verify

5. Masukkan password baru

Selepas verification code disahkan, masukkan password baru yang anda mahu gunakan.

Pilih password yang mudah anda ingat tetapi tidak terlalu mudah diteka oleh orang lain.

Masukkan lagi sekali password baru di bahagian “Confirm Password”

Selepas selesai, simpan perubahan dan cuba login semula menggunakan email / PG Code serta password baru anda.

Kalau Masih Tidak Berjaya?

Jika proses reset password masih tidak berjaya, semak semula perkara berikut:

  • email yang dimasukkan sama dengan email berdaftar,
  • 6 digit terakhir nombor kad pengenalan dimasukkan dengan betul,
  • nombor telefon berdaftar masih aktif,
  • verification code belum tamat tempoh,
  • password baru dimasukkan dengan betul.

Jika masih ada masalah, boleh hubungi dealer anda atau pihak Public Gold untuk bantuan lanjut.

Nota Keselamatan

Simpan PG Code dan password anda di tempat yang selamat.

Jangan kongsikan password atau verification code dengan orang lain. Akaun Public Gold berkait dengan maklumat peribadi dan transaksi emas anda, jadi keselamatan akaun perlu dijaga dengan baik.

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini