Arkib

Tags

BAHAYA KAD KREDIT

Kalau disiplin pakai ok sahaja, tapi kadang² kita selalu lupa akan bahaya kad kredit

Manusia suka perkara yang mudah. Berhutang pula adalah perkara yang mudah. Nak bayar balik yang susah.

Ketika berniaga kedai tinted, saya jadikan kad kredit sebagai satu mekanisma berhutang, kerana ketika itu cash saya banyak disalurkan ke perniagaan. Perbelanjaan isi rumah pula ditukar menggunakan kad kredit. Maklumlah, tengah sesak. Saya yakin, ramai juga yang buat perkara yang serupa, kan?

Semua orang tahu, bahaya kad kredit bila kita mula tak bayar balik, interest-nya compounding. Kita asyik bayar minima, bila tengok baki hutang pasti terdetik ‘bila-lah nak habis?’

Malangnya setahu saya tiada jalan mudah, melainkan ada duit jatuh dari langit.

Selepas saya berhenti berniaga kedai tinted saya fokuskan dahulu hutang yang kecil – hutang kad kredit. Perlu ada matlamat, maka saya tetapkan “dalam 3 tahun saya nak selesaikan semua hutang kad kredit“. Jika tiada matlamat nanti jadi syok sendiri.

Saya cari di internet teknik² menyelesaikan kad kredit. Ketika itu ada;

  1. Teknik EPP (masih tambah hutang)
  2. Teknik ASB overdraft (sudah tidak boleh gunapakai – ketika itu PNB tidak menawarkan penukaran ASB ke sijil)
  3. Teknik personal loan (interest tetap)
  4. Teknik balance transfer (interest rendah tetap asalkan tidak tambah belanja)
  5. Teknik bayar lebih dari minima.

Terdetik juga di hati ketika itu, banyaknya teknik! Jadi pastinya masalah hutang kad kredit ini perkara ‘biasa’. Saya kaji kesemua teknik dan membuat sedikit perbandingan. Teknik memang macam², tapi yang saya lihat akhirnya jatuh kepada disiplin diri. Kalau disiplin tiada, teknik apa pun tak jadi.

Jadi apa yang saya buat?

  1. Buat personal loan – sebahagian untuk selesaikan kad kredit, sebahagian lagi hutang lain
  2. Potong 2 daripada 3 kredit kad. Kad BR (RM10k) saya tinggalkan di rumah untuk keperluan kecemasan.
  3. Dari duit personal loan, saya langsaikan terus Kad C RM8k (max), masih berbaki 2 kad; Kad BR RM10k (kad kecemasan) dan Kad M RM5k (dipotong)
  4. Hidup di bawah kemampuan sebenar berbelanja. Ini atas diri sendiri, kena semak, kerana hanya diri sendiri yang tahu sejauh mana kesanggupan untuk mengubah gaya hidup. Banyak kisah sedih berlaku ketika ini, namun saya pasti susah² saya, pasti ada lagi yang lagi susah. Saya susah pun, masih boleh makan
  5. Kad BR RM10k saya balance transfer separuh ke Kad M RM5k untuk peroleh interest yg rendah. Saya bayar minima. Kad BR yang asalnya RM10k dah jadi RM5k saya bayar amaun tetap sekitar RM300/bulan. Kad ini dapat diselesaikan dalam masa 1.5 tahun.
  6. Kad M berbaki sekitar RM8k selepas Kad BR RM5k selesai (hasil bayaran minima dan sikit² topup dari elaun offshore) Duit RM300 yang asalnya saya bayar Kad BR, saya snowball ke duit bayaran Kad M. Malangnya, saya tidak dapat menyelesaikan hutang kad M ini dalam masa 3 tahun seperti target.

Perit berhutang kad kredit. Hampir 2 tahun di syarikat korporat melayu dan setahun lagi di syarikat borneo untuk menyelesaikan hutang. Saya kira bertuah kerana tahun seterusnya saya bekerja sendiri di offshore. Kerja offshore duitnya lebih banyak dari kerja di ofis, ini sangat membantu. Kad M saya selesaikan selepas beberapa rotation bekerja sendiri di offshore.

bahaya kad kredit

Kini booking tiket flight atau hotel sudah boleh guna kad debit. Secara tak langsung kita tahu, jika akaun kurang duit kita tak mampu pun nak berbelanja. Beza dengan kad kredit, tak nampak pun duit. Kita lebih cenderung untuk berbelanja (dengan cara berhutang)

Tiada jalan mudah dalam menyelesaikan hutang. Yang ada ialah disiplin diri dan kemahuan diri untuk bebaskan diri dari belenggu hutang. Yang terbaiknya ialah terus elakkan berhutang (jika boleh). Saya masih guna kad M sebagai back-up, dan juga belanja berkaitan dengan kerja atau bisnes.

Personal loan masih berbaki lagi (update: sudah langsai). Jauh lagi perjalanan saya ke arah bebas hutang. Tapi saya sudah mula berjalan. Jadi jika anda baru bekerja dan berfikir² untuk apply kad kredit saya nasihatkan tak payah saja.

Pakai kad debit.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini