Easy Payment Purchase atau EPP ialah salah satu kaedah membeli emas fizikal Public Gold secara bayaran berperingkat.
Namun, buat masa ini EPP sedang dihentikan sementara berikutan keadaan harga emas yang terlalu volatile.
Maksudnya, walaupun EPP masih dikenali sebagai salah satu kaedah pembelian Public Gold, pelanggan mungkin tidak dapat memilihnya dalam sistem buat masa sekarang.
Saya kekalkan artikel ini sebagai rujukan supaya pembaca faham apa itu EPP dan bagaimana ia berfungsi ketika masih aktif.
Apa Itu EPP?
Secara mudah, EPP membolehkan kita memilih item emas fizikal terlebih dahulu, kemudian membuat bayaran secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan.
Ia berbeza dengan GAP.
Dalam GAP, kita kumpul emas sedikit demi sedikit dalam bentuk gram.
Dalam EPP pula, kita pilih item emas tertentu dari awal dan membuat bayaran untuk item tersebut secara berperingkat sehingga selesai.
Tonton Video Penerangan EPP
Saya pernah buat video ringkas mengenai cara EPP berfungsi ketika kemudahan ini masih aktif.
Video ini masih berguna untuk memahami konsep asas EPP.
Cuma perlu diingat, video tersebut menunjukkan proses ketika EPP masih ditawarkan. Paparan website, langkah pembelian atau syarat mungkin berubah jika EPP dibuka semula pada masa hadapan.
Kenapa EPP Tidak Ditawarkan Buat Masa Ini?
Buat masa ini, EPP dihentikan sementara ketika keadaan harga emas terlalu volatile.
Bagi pembeli biasa, perkara paling penting ialah jangan menganggap pilihan EPP masih tersedia hanya kerana pernah melihatnya dalam artikel atau video lama.
Semak dahulu pilihan pembelian yang ada dalam akaun Public Gold ketika anda mahu membuat pembelian.
Apa Pilihan Yang Ada Sekarang?
Jika anda mahu membeli emas Public Gold, antara pilihan lain yang boleh digunakan ialah:
- Outright Purchase — beli emas fizikal dan buat bayaran penuh.
- GAP — kumpul emas sedikit demi sedikit dalam bentuk gram.
Pilihan yang sesuai bergantung kepada bajet, tujuan dan cara anda mahu menyimpan emas.
Cara Beli Emas Public Gold Secara Outright Purchase
Apa Itu Gold Accumulation Program, GAP Public Gold?
Kalau EPP Dibuka Semula?
Jika Public Gold membuka semula EPP pada masa hadapan, artikel ini akan dikemaskini semula berdasarkan proses, syarat dan paparan sistem yang terbaru.
Sebab itu saya tidak galakkan pembaca bergantung sepenuhnya kepada video atau screenshot lama untuk membuat transaksi.
Sebelum Anda Pergi…
EPP masih berguna untuk difahami kerana ia pernah menjadi salah satu cara membeli emas fizikal secara bayaran berperingkat.
Tetapi untuk sekarang, anggap artikel ini sebagai rujukan konsep dan rekod lama, bukan panduan transaksi aktif.
Jika EPP dibuka semula nanti, kita akan tengok semula cara yang paling sesuai dan kemaskini panduan ini.