• Home
  • Kewangan
  • KEPENTINGAN KUNCI KIRA KIRA PERNIAGAAN DI AWAL BERNIAGA
kunci kira kira perniagaan

KEPENTINGAN KUNCI KIRA KIRA PERNIAGAAN DI AWAL BERNIAGA

Saya pernah berniaga kecil²an dan ada juga berniaga besar sewaktu buka kedai tinted dahulu. Satu ilmu mahal yang saya belajar ialah betapa pentingnya kita menjaga kunci kira kira perniagaan.

Kelak bila perniagaan kita bertambah besar lagi pening mahu jaga aliran tunai keluar dan masuk, walaupun mungkin kita sudah ada akauntan.

Terima kasih buat arwah cikgu Puan Rafidah (Al Fatihah buat arwah), yang mengajar kami asas kunci kira kira perniagaan dulu, walaupun kami dari aliran pertanian. Bila dah tulis semua atas kertas senang nampak juga mana pergi duit.

Sebagai permulaan, boleh saja kita jaga aliran masuk duit perniagaan dengan menggunakan buku lejar. Bergantung juga kepada jenis bisnes anda, kebanyakkan bisnes asasnya ada duit masuk ada duit keluar.

Disiplinkan diri dalam mencatat aliran masuk tunai mahupun hutang. Buat ini dulu sehingga satu tahap, anda sendiri akan sedar bahawa perlu atau tidak seorang akauntan untuk membantu anda dalam pengurusan kewangan.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini