Arkib

Tags

5 LANGKAH PERSEDIAAN UNTUK PENCEN AWAL

Semua orang berhasrat untuk pencen awal kan? Namun hakikatnya persediaan bersara ini adalah satu proses yang rumit dan berubah mengikut umur kita..

Dalam menentukan sebarang target, objektif haruslah jelas, boleh dicapai dan bergantung kepada masa. Maka itu, perancangan untuk bersara hendaklah dilakukan dengan teliti seawal kita mula bekerja, bekerja sendiri mahupun berniaga.

Berapa duit perlu kita ada dalam simpanan sebelum boleh bersara?

Ini sangatlah subjektif, kerana lain orang lain gaya hidupnya. Nak pula lain orang rencana bersaranya mungkin bukan pada umur 65, mungkin lebih awal.

Tiada amaun spesifik berapa wang yang perlu kita ada untuk selesa bersara, namun pendapat popular pakar kewangan adalah sebelum bersara bagus sudah mencapai salah satu daripada;

  • Duit sebanyak 1 juta dalam simpanan
  • Simpanan sebanyak 12 tahun gaji terakhir sebelum bersara

Dalam post ini, anda akan dapat idea 5 langkah dalam membantu ke transisi persaraan lebih awal yang saya rasa sesuai buat semua lapisan umur.

1- Tentukan umur yang anda ingin bersara

Dalam segala perkara, kita perlu ada matlamat yang jelas. Matlamat ini pula haruslah masuk akal. Sebagai contoh, katakan kita mahu pencen sekitar umur 50 tahun. Tanya balik diri sendiri, adakah umur ini logik untuk kita bersara?

2- Tentukan berapakah kos untuk hidup setelah bersara

Setelah sudah set matlamat, dalam contoh ini kita assume pada umur 50 tahun. Ketika umur ini, kita hendaklah menganggarkan berapakah jumlah “pendapatan” bulanan yang kita perlukan untuk mengekalkan gaya hidup ketika umur 50 tahun nanti.

Selain itu, perlu juga kita tentukan pada umur ini, adakah kita sudah selesai hutang² yang sedia ada. Tambahan pula, adakah kita mahu membuat loan baru ketika lewat usia nanti?

3- Tetapkan matlamat pelaburan & kirakan “Return of Investment”

Di tahap ini, kita set dahulu pada umur 50 tahun, kita tiada lagi hutang dan kita perlukan RM3,500 setiap bulan untuk kekal dengan gaya hidup sedia ada. Contoh kiraan kasar bagi mendapat RM3,500 setiap bulan berdasarkan pelaburan boleh dikira seperti berikut;

Amount diperlukan, RM3,500/bulan atau RM3,500 x 12 bulan = RM42,000

Berapakah jumlah pelaburan perlu ada, dengan anggapan 4% pulangan setiap tahun?

Jumlah pelaburan = RM42,000 / 4%

= RM1,050,000

Jadi, pada umur kita sekarang, dengan simpanan atau pelaburan yang ada, bolehkah kita mencapai SEJUTA ringgit berbaki tahun yang ada? Jika umur sudah 40 tahun, dan jumlah simpanan kurang dari RM5,000 macam mana mahu bersara?

4- Kaji risiko² vs pelaburan untuk mencapai matlamat pencen awal

Dalam keadaan sekarang kita perlu cari pelaburan yang paling sesuai dengan kita. Pelaburan samada berbentuk rendah risiko ataupun tinggi risiko. Apa beza nya? Contohnya macam ASB, Tabung Haji malah KWSP pun adalah pelaburan berisiko rendah. Pelaburan ini sesuai untuk pelan² kayuh. Bagus jika dapat dimulakan di awal umur kerja dan sabar sahaja dengan “compounding interest” dari pelaburan.

Pelaburan risiko tinggi seperti saham, dikatakan “high risk, hi return” kalau kena gayanya. Kalau tak kena, makanya jadilah “high risk, low return”. Bagi mereka yang suka mengkaji carta, atau yang memang sudah ada simpanan stabil boleh juga cuba melabur dalam saham samada sendiri ataupun carilah remiser yang berpengalaman yang boleh guide kita.

Simpanan seperti emas pula adalah bentuk “fund hedging”. Belian emas hanyalah mengalihkan duit kertas kepada bentuk emas fizikal. Lebih lama disimpan emas itu, lebih meningkat nilainya. Emas sejak zaman dahulu adalah sebuah medium simpanan dan boleh jadi pelaburan jangka masa lama.

5- Rancangkan harta pusaka, mana tahu umur tak sampai untuk pencen

Seringkali kita lupa yang umur kita ini tarikh tamatnya adalah rahsia Tuhan. Bila² sahaja kita boleh tinggalkan dunia ini. Jadi adalah lebih baik jika semua harta², simpanan dan pelaburan kita di catatkan dan dikongsikan dengan pasangan. Lebih bagus, jika rancangkan harta pusaka yakni melantik wasi bagi menguruskan harta kita, terutamanya yang muslim kerana kita terikat dengan faraid.

Kesimpulannya, nak pencen awal ni cakapnya mudah. Nak buatnya memang payah. Tapi, kalau kita tak rencana dari awal dan mencuba, macam mana kita nak tahu kan?

Semoga kita semua berjaya!

pencen awal

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini