simpanan emas

SIMPANAN EMAS BAGUS TAPI BERAPA BANYAK?

Bagi mereka yang sudah biasa dengan simpanan emas, sudah pasti merasa kelebihan emas sebagai penyimpan nilai dan mungkin juga sebagai medium pelaburan jangka masa lama.

Namun soalan yang sering bermain di kepala, nak simpan emas ini sampai berapa banyak?

Pada pendapat saya, kita menyimpan logam ini ni perlu ikut apa tujuannya dan dari situ baru kita boleh tahu berapa banyak yang perlu untuk disimpan. Jika ada lebihan wang, lebih baik kita laburkan.

Contohnya, saya mulakan simpanan emas kerana tidak mahu duit gaji saya pulang dari offshore dibelanja tak sengaja. Logam berharga ini ada kelebihan sebagai medium untuk elak duit bocor. Jadi duit kecemasan 6 bulan, separuhnya saya tukarkan kepada logam kuning ini.

Jadi, untuk saya cukup sekadar simpanan emas dalam tangan saya disimpan sehingga 3 bulan perbelanjaan bulanan rumah saya.

Jika simpanan saya cukup, agihan simpanan lain sudah diketepikan dan saya ada duit lebih, apakah saya beli lagi logam berharga ini? Mungkin ya, mungkin tidak.

Lebih baik duit lebihan itu dimasukkan ke dalam instrumen pelaburan yang lebih menguntungkan contohnya ke hartanah. Walaupun saya tidak ada rumah sendiri lagi, hakikatnya semua orang tahu tanah dan rumah aset sepanjang zaman, boleh diwariskan kepada anak² kita.

Cuma, jangan pula taksub mahukan rumah sehingga perlu berhutang sini sana.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini