Alamak, emas pakai akaun pula. Selamat ke Akaun GAP Public Gold ni?
Banyak persoalan dan kemusykilan yang timbul bila kita kata “akaun emas”. Soalan biasa yang ditanya saya kongsikan di sini;.
#1 – Ada kah emas nya?
Gold Accumulation Program (G.A.P) Public Gold ada emas fizikalnya. Jika tidak ditimbal dengan emas fizikal, macam mana nak dapat sijil patuh syariah.
#2 – Kalau Public Gold bungkus macam mana?
Penyimpan emas dalam G.A.P boleh datang terus ke Public Safe dan minta emas dalam pegangan dilepaskan kepada pemilik. Anda perlu bawa IC dan ingat PG code sahaja.
#3 – Ada gerenti atau insuran ke atas simpanan emas akaun G.A.P saya? Seperti bank ada PIDM
PIDM hanya melindungi deposit institusi kewangan seperti bank. Public Gold pula hanya sebuah syarikat yang menjual emas. Jadi tiada lindungan PIDM.
Namun usah risau kerana emas dalam G.A.P di-insurankan oleh Lonpac Insurance Berhad sehingga RM15 juta dan akan ditambah mengikut pertambahan simpanan emas di dalam peti timbalan.
Namun, jika anda risau berkenaan G.A.P tapi mahu juga simpan emas, maka saya syorkan beli emas secara outright purchase, atau EPP dan bawa balik rumah dan simpan sendiri. Jika rumah dirasakan tidak selamat, boleh simpan di safe deposit box (bank atau 3rd party)
Jadi terpulang kepada kita sahaja, kalau takut simpan emas di rumah, atau tak nak serabut dengan kos safety deposit box maka GAP mungkin penyelesaian.