Arkib

Tags

simpanan untuk hari tua

SUDAHKAH KITA MULA MULA SIMPANAN UNTUK HARI TUA?

Purata umur pencen sekitar 60 tahun sekarang dan telah dibincangkan untuk dilanjutkan kepada 65 tahun. Takkan mahu bekerja lagi bila dah tua, jadi elok sangat kita mulakan simpanan untuk hari tua dari sekarang..

Kebanyakkan rakyat Malaysia hanya bergantung kepada KWSP sebagai simpanan untuk hari tua. Soalnya sekarang, dengan kos sara hidup semakin meningkat, apakah cukup simpanan kita di dalam KWSP?

Termasuk diri saya, walaupun bekerja sendiri, masih mencarum sendiri (tanpa majikan) dalam KWSP. Ini kerana saya berpendapat, KWSP adalah satu bentuk ‘Forced Savings’. Nak pula sekarang boleh mencarum sendiri secara online. Tak susah mana pun geng.

Sebab utama saya teruskan mencarum ialah untuk meneruskan rekod caruman. Maklumlah kerja sendiri ini, pendapatan tak tetap jadi bila nak buat loan (rumah atau kereta) biasanya bank minta dokumen tambahan (berbanding orang berpendapatan tetap – slip gaji dan EA form sudah cukup)

Tak salah pun menyimpan dalam KWSP, ia tetap simpanan kita juga. Namun kita perlu sedar beberapa perkara;

  1. Duit KWSP dapat dividen tahunan, nanti bila dah boleh keluarkan jangan lupa tolak zakat (2.5%)
  1. Perlu ambil kira inflasi tahunan. Kalau purata inflasi tahunan sekitar 3 – 4% setahun, sejauh manakah kekuatan nilai duit simpanan KWSP lagi 20 tahun nanti?

Emas juga boleh dijadikan simpanan hari tua ke-dua. Kerana emas adalah instrumen penyimpan nilai yang baik, dan harganya meningkat dalam jangka masa yang lama.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini