peti keselamatan deposit

SIMPAN EMAS DALAM PETI KESELAMATAN DEPOSIT

Kalau emas dah berkilo di rumah, pasti tak senang duduk. Jadi ada baiknya simpan emas dalam peti keselamatan deposit kan..

Ini antara kelemahan emas, bila dah banyak kita simpan takut pula kena curi.

Jadi macam mana?

Kita boleh pilih simpan emas dalam akaun fizikal Gold Accumulation Program, bila diperlukan kita boleh keluarkan di mana² branch.

Atau

Simpan emas di peti simpanan bank atau 3rd party. Saya simpan emas di akaun GAP dan juga di peti simpanan (3rd party). Saya pilih peti simpanan 3rd party berbanding bank kerana 2 sebab:

  1. Kos per peti hampir sama dengan bank (malah ada yang lebih murah). Bank kebiasaannya insurans hanya sehingga RM10k. Jika mahu perlindungan lebih, maka perlu bayar lebih premium. Berbanding dengan peti simpanan 3rd party ada insurans perlindungan sehingga RM50k – 100k.
  2. Dibuka setiap hari termasuk cuti umum, kebiasaannya sehingga malam. Kalau di bank, urusan simpanan/keluaran kena ikut waktu operasi bank.
  3. Urusan di bank kebiasaannya sesak, kerana ada pelanggan lain

Kos purata satu peti keselamatan deposit bersaiz 5″ x 5″ x 23″ sekitar RM300++ setahun. Insurans yang ditawarkan pula berbeza mengikut syarikat.

Kos tambahan (1 time fee) termasuk deposit kunci (sekitar RM250), stamp duty agreement (RM10) dan juga cas pengurusan.

Kalau dulu² kan senang, simpan emas dalam tin milo saja

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini