Arkib

Tags

2 TIPS FORMULA BELI KERETA

Bagi yang baru mula langkah ke alam pekerjaan, semestinya keinginan memilik kereta sendiri menjadi idaman ramai. Tapi sabar dik, syioknya sekejap saja, salah kira boleh merana lama. Kali ini saya nak kongsi formula beli kereta..

Cara kira ini sudah lama berlegar di alam internet, banyak dipopularkan oleh pakar-pakar kewangan negara seperti Dr Azizul Azli, Tuan Zaidi Ismail antara lainnya.. Siapa yang mula-mula keluarkan saya pun tak pasti.

Namun apa yang pasti, cara kiraan keupayaan membeli kereta ini hanya boleh diguna-pakai di Malaysia. Saya sudah bandingkan dengan sahabat-sahabat di UK dan Australia. Disebabkan beza kekuatan belian duit mereka dan harga kenderaan yang “rendah” di sana, formula ini tidak boleh digunapakai di sana.

Malah formula #2 saya ubah sedikit ketika bekerja di Singapura, saya hanya pakai Proton Savvy terpakai kerana mengambil kira pendapatan seakan orang yang bekerja di Malaysia dan bukan di negara seberang tambak.

#1 – Formula “Harga kereta sama dengan jumlah pendapatan setahun”

Formula ini saya lihat paling banyak digunapakai oleh mereka yang sedar dan celik dengan pengurusan kewangan. Mungkin kerana ia mudah dan senang nak ingat. Formulanya mudah sahaja;

Harga kereta = 12 Bulan x Gaji Bulanan

Kita ambil contoh, katakan purata gaji graduan lepasan ijazah adalah RM2,400, maka;

Harga kereta = 12 bulan x RM2,400 = RM28,800

Kereta apa yang boleh dibeli pada harga ini? Untuk kereta baru, yang mampu dimiliki adalah Perodua Axia. Untuk pasaran kereta terpakai, lebih banyak pilihan.

formula beli kereta
#2 – Formula 20:15:5

Formula ini lebih “strict”, apa maksud 20:15:5 ini? Deposit 20%, 15% gaji untuk ansuran bulanan dan tempoh pinjaman 5 tahun. Boleh ke? Kita andaikan lagi purata gaji graduan lepasan ijazah pada RM2,400. Maka;

15% x RM2,400 = RM360/bulan

Jadi bagaimana mahu kira harga kereta yang mampu kita beli berdasarkan formula ini?

Dapatkan dahulu purata kadar faedah pinjaman, untuk tahun ini sekitar 3% dan kira;

Harga kereta = (ansuran bulanan x tahun pinjaman dalam bulan) + (faedah dikenakan)
= (RM360 x 60 bulan) + [(RM360 x 60 bulan) x (5 tahun x 3%)]
= RM24,840

Ini tidak termasuk 20% deposit, iaitu;

20% x RM24,840 = RM4,968

Maka harga kereta yang perlu dibiaya adalah;

RM24,840 – RM4,968 = RM19,872

Untuk pakai kereta baru dengan formula ini macam tak ada saja.. Maka kereta terpakai saja jawabnya.

Banyak kita lihat, baru sahaja kerja keretanya sudah Honda, Toyota. Nampak memang hebat, bakal mak mertua pun pasti akan sayang. Tapi beringatlah, mak mertua tak sayang kita kalau tak boleh nak jaga anaknya. Itu belum kahwin, ada anak lagi, banyak lagi kos akan bertambah.

Ingat dik, kereta ini bukan setakat bayar bulanan saja, ada kos tambahan yang perlu kita fikirkan juga seperti;

  1. Minyak, tol dan parking
  2. Insurans dan road tax
  3. Kos penyelenggaraan

Kesemua kos ini kita perlu ambil kira dan bina tabung belanja bermusim, kelak dah sampai masa tak pening.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini