SEMUA ORANG MENANTI BONUS TABUNG HAJI

Tapi bila bonus tabung haji diumumkan rendah, maka ramailah umat yang keluar suara. Mungkin masa congak, lupa nak tolak zakat?

TH pada dasarnya dilihat tempat bagi orang tua untuk menyimpan wang bagi memudahkan urusan ke Haji nanti. Kalau tanya atuk nenek dulu, memang tiada tempat lain untuk menyimpan duit, untuk ke Mekah, selain dari TH.

bonus tabung haji

Jika kita lihat sendiri Visi dan Misi TH sebenarnya lebih kepada memperkasakan ekonomi ummah dengan cara mencari medium pelaburan baik agar dapat memberikan pulangan yang lebih baik kepada pendeposit.

Jadi soalnya sekarang, Tabung Haji ini dilihat sebagai apa? Tempat menyimpan duit? Tempat melabur duit? Atau tempat simpan duit untuk ke Mekah kelak?

Maklum saja, asalkan pengumuman bonus tabung haji dan dividen dibuat ada saja kita dengar orang tak puas hati di media sosial. Rendah katanya.

Benar, jika sebagai sebuah medium pelaburan, TH sekarang untung tahunannya saya kira “biasa”. Tapi sebagai pelabur, saya boleh terima kerana medium pelaburan seperti TH dan ASB dikategorikan sebagai pelaburan rendah risiko. Jadi, pulangannya pun rendah lah.

Kalau nak masak nasi-nya banyak, periuknya pun kenalah besar kan?

Jadi jika anda mahukan pelaburan yang memberikan keuntungan besar, ada baiknya mencari pelaburan lebih aggresif yang memberikan pulangan yang lebih baik. Tapi awas, jika rugi jangan bising pula.

Dah semua pula kau nak bising. Cop duit sendirilah. Kan senang?

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini