settle hutang

SETTLE HUTANG DULU ATAU MELABUR?

Bagi golongan marhaen macam saya, bila dapat duit seketul mesti tertanya diri; nak settle hutang dulu atau melabur

Soalan ini sememangnya glamer, jika ada RM10k jatuh dari langit apa yang dibuat? Settle hutang lump sump? Atau melabur merata²?

Saya pernah berkongsi self check 3 perkara sebelum membeli emas, yang sering menjadi tumpuan ialah point ke-3. Rasanya ramai yang bertanya takkan nak tunggu hutang minima atau tiada hutang baru nak melabur?

Persoalan settle hutang dahulu atau melabur sudah banyak dikupas oleh pakar² kewangan tempatan. Rata² semua akan dimulakan dengan “Tentukan matlamat dahulu, untuk apa melabur?”

Sebagai contoh;

Saya bekerja sendiri dan punca pendapatan tidak tetap, hutang saya masih boleh diurus, cash flow saya positif setiap bulan dan saya ada tabung back up 3 bulan pendapatan (dan beberapa tabungan lain khas untuk orang yang bekerja macam saya)

Hutang perniagaan lama (kedai tinted) masih berbaki RM45k. Kenapa saya tidak settle hutang itu saja ketika saya ada duit sebanyak itu dalam tangan? (update: hutang ini sudah selesai, Alhamdulillah)

Saya sangat konservatif, pendapatan saya tidak tetap hasil dari kerjaan freelance dan juga pendapatan pasif berteraskan komisen atau affiliate. Memandangkan kedua² jenis pendapatan pun tidak tetap, maka keutamaan saya diberikan kepada perbelanjaan bulanan ke hadapan.

Lebihan pendapatan selepas ditolak simpanan, setakat ini saya laburkan ke pelaburan selamat seperti ASB, Tabung Haji dan Emas. Saya tak mahu pening kepala dengan pelaburan agresif yang mungkin boleh memberikan pulangan lumayan namun ada risiko untuk frust menonggeng.

Jadi anda bagaimana, sudah tetapkan matlamat untuk apa melabur? Untuk tambah kekayaan? Untuk mengurangkan hutang? Untuk pergi holiday? Untuk pergi Umrah dan Haji? Untuk bantu keluarga di kampung?

Tiada yang salah kerana hanya kita sendiri yang tahu tahap kesihatan kewangan dan kemahuan kita.

Apapun, didoakan agar kita semua tidak dibelenggu bebanan hutang.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini