• Home
  • Kewangan
  • PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA PERLU MULA DARI AWAL

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA PERLU MULA DARI AWAL

Biasa kan dengar, bila kahwin dengan seseorang, kita sebenarnya berkahwin dengan keluarganya sekali. Yang orang tak perasan, hal kewangan juga sebenarnya berkahwin, maka sebab itu kita (yang lelaki) perlu bijak dalam pengurusan kewangan dari awal perkahwinan.

Terbaiknya jika kita boleh, membuat bajet perbelanjaan bulanan hanya berdasarkan pendapatan kita seorang dan bukan pendapatan gabungan isteri.

Ya kita semua tahu, hidup di kota ini sungguh “demanding”, ramai yang kata tak cukup jika hanya 1 gaji sahaja. Pendapat saya, ini sebenarnya atas kehendak diri. Sering kita dimomokkan dengan “kos sara hidup tinggi”, namun apa yang banyak kita boleh lihat adalah “gaya hidup yang tinggi

Jika sebelum kahwin sudah suka guna smartphone paling mahal, suka makan di kedai² kek kopi hipstur, suka travel tempat² “instafamous” memang makan modal yang tinggi, seterusnya akan memakan poket kita.

Seeloknya sebelum berkahwin, kita sudah mula kira² bajet perbelanjaan selepas kahwin. Kalau dulu gaji hanya tampung kita seorang, esok lepas kahwin cukupkah kita mahu menyara anak orang? Atau apakah kita memang dari awal mahu gabungkan pendapatan.

Sewaktu bekerja di Singapura sekitar 2007, gaji bila ditukarkan ke duit kita terasa sangat besar ketika itu. Selepas berkahwin pun gaji yang ada umpama “makan tak habis”.

Namun..

Saya tahu, kerja sebegitu bukan selamanya. Nanti nak balik juga ke KL. Jadi perbelanjaan saya dikira sebagai “seorang jurutera, yang konon² hidupnya di KL”. Takut nanti bila dah balik, terkejut pula.

Hasilnya, hanya mampu pakai proton savvy dan kereta kancil isteri dari zaman universiti yang telah habis bayar. Banyak tahun juga hidup macam itu, sehinggalah anak pertama sudah masuk 2 tahun.

Anak semakin membesar, kerusi anak pun sudah tukar kepada yang lebih besar. Kalau balik kampung pula, kalau boleh satu rumah nak bawa balik, maklumlah ketika itu masih belajar menjadi ibu bapa.

Masa itu baru dikira semula untuk tukar kereta Honda City, kalau mampu beli saja, usah kufur nikmat. Anak isteri selesa juga besar rahmat.

Bersusah-susahlah dahulu, perlahan-lahan baiki kehidupan kita dengan pengurusan kewangan yang baik dan berterusan.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini