Arkib

Tags

kenapa kita perlu simpan emas

3 Sebab Kenapa Kita Perlu Simpan Emas Dari Sekarang

Dulu kalau orang cakap:

“Kena simpan emas.”

Saya rasa ayat itu terlalu mudah.

Sebab bukan semua orang berada pada tahap kewangan yang sama.

Ada yang belum ada dana kecemasan.

Ada yang masih bergelut dengan hutang kad kredit.

Ada yang pendapatan memang cukup-cukup makan.

Dalam keadaan macam itu, saya tak rasa penyelesaian pertama ialah terus beli emas.

Emas bukan ubat untuk semua masalah kewangan. Malah, emas sering di-hype sesetengah pihak sebagai penyelesaian semua masalah

Tapi selepas kita ada sedikit asas — cash flow lebih terkawal, ada simpanan tunai dan hutang yang membebankan semakin berkurang — saya rasa emas boleh mula memainkan peranan.

Bukan sebagai penyelamat.

Bukan jalan cepat kaya.

Tapi sebagai salah satu tempat menyimpan sebahagian nilai untuk jangka lebih panjang.

Sebelum Emas, Pastikan Asas Dulu

Kalau duit kecemasan pun belum ada, lebih baik kita bina itu dahulu.

Sebab bila kereta rosak minggu depan, kita perlukan duit yang mudah digunakan.

Bukan aset yang terpaksa dijual pada waktu yang mungkin tak sesuai.

Begitu juga kalau hutang kadar tinggi masih banyak.

Kadang-kadang pulangan terbaik bukan datang daripada membeli aset baru.

Ia datang daripada mengurangkan hutang yang sedang menekan cash flow kita.

Dana Kecemasan: Simpan Dulu, Baru Belanja — Perlu Ke 10% Gaji?

Jadi bila saya kata “simpan emas”, ia bukan bermaksud:

semua duit yang ada, tukar emas.

Tidak.

Kita kena tahu fungsi setiap duit.

Tunai ada fungsi.

Pelaburan ada fungsi.

Emas pun ada fungsi.

1. Emas Boleh Membantu Kita Simpan Untuk Tempoh Lebih Panjang

Ada satu kelemahan duit tunai yang saya sendiri faham.

Ia terlalu mudah digunakan.

Nampak duit dalam akaun.

Ada sale.

Ada benda nak beli.

Klik.

Selesai.

Esok baru fikir.

Emas pula ada sedikit “friction”.

Nak gunakan duit itu, kita kena jual dahulu.

Bagi sesetengah orang, halangan kecil itu sebenarnya membantu.

Ia buat simpanan lebih susah disentuh untuk perkara yang tak penting.

Saya tak kata emas secara automatik menjadikan kita berdisiplin.

Kalau memang jenis suka berbelanja, gold bar pun boleh dijual.

Tapi sekurang-kurangnya prosesnya tak semudah scan QR di kedai makan.

Simpanan Yang Susah Sedikit Nak Disentuh Kadang-Kadang Bagus

Sebab itu saya suka bezakan simpanan mengikut tujuan.

Duit kertas — mudah akses.

Dana kecemasan — mudah akses.

Duit untuk beberapa tahun lagi — mungkin boleh diletakkan di tempat yang tak terlalu mudah kita usik.

Emas boleh jadi salah satu pilihannya.

Bukan satu-satunya.

Cara Simpan Emas Untuk Pemula — Mula Dengan Betul, Bukan Mula Dengan Banyak

2. Emas Boleh Jadi Salah Satu Cara Diversifikasi Simpanan

Saya tak berapa setuju dengan konsep:

“Semua duit simpan dalam emas.”

Bagi saya terlalu ekstrem.

Kita tak tahu masa depan.

Sebab itu saya lebih selesa kalau aset kita tak bergantung pada satu benda sahaja.

Ada tunai.

Ada simpanan persaraan.

Ada pelaburan lain.

Mungkin ada rumah.

Dan kalau sesuai, ada sedikit emas.

Emas mempunyai ciri yang berbeza daripada akaun simpanan atau saham.

Itu yang membuatkan ia menarik sebagai sebahagian daripada portfolio atau simpanan jangka panjang.

Tapi perkataan penting di sini ialah:

sebahagian.

Bukan semuanya.

Harga Emas Pun Boleh Turun

Ini kena jelas.

Kadang-kadang orang tengok harga emas yang sedang naik lalu rasa:

“Emas memang confirm untung.”

Tak begitu.

Harga emas bergerak naik turun.

Kalau beli hari ini kemudian perlu jual dalam masa singkat, kita mungkin rugi.

Tambahan pula emas fizikal ada beza antara harga beli dengan harga jual.

Sebab itu emas kurang sesuai kalau duit itu kita tahu akan diperlukan dalam masa terdekat.

Kelemahan Emas Yang Ramai Orang Tak Cerita

Bagi saya, kalau nak simpan emas, mindset kena lebih panjang.

Jangan beli Isnin, Rabu check harga sampai lima kali.

Nanti belum kaya, tekanan darah yang naik dulu.

3. Emas Boleh Menjadi Simpanan Yang Tidak Bergantung Pada Satu Sistem

Ini antara perkara yang saya semakin hargai.

Kebanyakan kehidupan kewangan kita sekarang sangat digital.

Gaji masuk bank.

Bayar bil online.

Pelaburan online.

Dokumen online.

Semua sangat convenient.

Dan saya memang guna semua itu.

Tapi saya juga suka idea mempunyai sebahagian kecil simpanan dalam bentuk aset fizikal.

Bukan sebab saya fikir sistem kewangan akan runtuh esok.

Kalau fikir macam tu setiap hari memang susah nak tidur.

Cuma saya suka ada sedikit kepelbagaian.

Emas fizikal ialah sesuatu yang boleh kita pegang.

Ia tidak bergantung kepada aplikasi untuk kita nampak ia wujud.

Bagi saya itu ada nilai tersendiri.

Tapi Jangan Salah Faham Maksud “Lindung Nilai”

Ini satu istilah yang selalu digunakan untuk emas.

Orang kata emas boleh melindungi nilai wang dalam jangka panjang.

Secara konsep, saya faham kenapa orang melihat emas begitu.

Tapi jangan terjemahkan ayat itu menjadi:

“Harga emas mesti naik setiap tahun.”

Tak semestinya.

Ada tempoh harga naik.

Ada tempoh mendatar.

Ada juga tempoh turun.

Sebab itu sekali lagi, tempoh masa dan harga belian sangat penting.

Emas bukan akaun simpanan dengan pulangan tetap.

Jadi Kenapa Saya Masih Simpan Emas?

Bukan sebab saya fikir emas aset paling hebat di dunia.

Dan bukan sebab saya percaya semua orang mesti memilikinya.

Saya simpan kerana ia sesuai dengan sebahagian daripada cara saya melihat kewangan:

simpan untuk jangka lebih panjang,

jangan semua aset duduk di tempat yang sama,

dan bina sesuatu sedikit demi sedikit.

Saya lebih suka cara itu daripada cuba meneka:

“Harga akan naik minggu depan ke?”

Saya tak tahu. Katanya hanya bomoh yang boleh teropong masa depan.

Dan saya rasa ramai orang yang kata mereka tahu pun sebenarnya tak tahu.

Jangan Beli Emas Dengan Duit Yang Kita Belum Ada

Ini patut disebut.

Kalau nak simpan emas, guna lebihan sebenar.

Bukan:

kad kredit,

personal loan,

hutang,

atau duit yang sebenarnya untuk bayar komitmen bulan depan.

Saya tak nampak logiknya berhutang dengan kos tertentu semata-mata untuk membeli aset yang harganya boleh turun naik.

Kita nak bina kewangan lebih kukuh.

Bukan pindahkan tekanan dari satu tempat ke tempat lain.

Jangan Terlalu Obses Dengan Harga Terendah

Bila orang baru mula simpan emas, soalan biasa:

“Sekarang sesuai beli ke?”

Soalan itu memang wajar.

Tapi kalau matlamat kita menyimpan bertahun-tahun, saya rasa lebih penting untuk ada strategi yang kita mampu kekalkan daripada cuba meneka titik paling murah.

Masalahnya, kita selalunya tahu harga paling murah selepas ia berlalu.

Kalau semua orang boleh tahu awal, mungkin kita semua dah duduk tepi pantai.

Mulakan Dengan Jumlah Yang Tak Mengganggu Hidup

Saya lebih suka orang bermula kecil.

Tak perlu paksa.

Tak perlu tunjuk dekat orang.

Tak perlu berlumba siapa paling banyak gram.

Kalau RM100 atau RM200 sebulan sahaja yang selesa, mula dari situ mengikut kaedah simpanan yang sesuai.

Kalau bulan itu tak ada lebihan, tak perlu rasa gagal.

Kewangan bukan pertandingan.

Matlamatnya ialah membina sistem yang boleh kita hidup bersama bertahun-tahun.

Emas Tidak Menggantikan Pelaburan Lain

Ini satu lagi perkara yang saya rasa penting.

Simpan emas tak bermaksud:

tak perlu KWSP,

tak perlu pelaburan lain,

tak perlu tambah skill,

tak perlu bina income.

Semua benda ada fungsi berbeza.

Kalau seluruh strategi kewangan kita hanya satu perkataan — “emas” — saya rasa kita perlu tengok semula.

Saya lebih suka bina beberapa lapisan. Nak pula kerja freelance macam saya.

Tunai untuk sekarang.

Dana kecemasan untuk perkara tak dijangka.

Pelaburan untuk pertumbuhan.

Simpanan persaraan untuk masa depan.

Dan emas kalau ia sesuai dengan objektif kita.

Jadi, Betul Ke Kita “Perlu” Simpan Emas?

Kalau perkataan perlu itu bermaksud semua orang wajib ada emas, saya tak setuju.

Ada orang belum sampai tahap itu.

Ada orang mungkin lebih perlukan dana kecemasan.

Ada yang perlu selesaikan hutang.

Ada yang perlu tingkatkan income dahulu.

Dan ada juga orang yang memang memilih aset lain.

Tak ada masalah.

Tapi kalau kewangan asas sudah lebih stabil dan kita mencari satu lagi cara untuk menyimpan serta mempelbagaikan aset dalam jangka panjang, emas boleh dipertimbangkan.

Itu lebih dekat dengan cara saya melihatnya sekarang.

Sekadar Renungan

Saya tak melihat emas sebagai tiket menuju kaya.

Saya juga tak melihatnya sebagai penyelesaian kepada semua masalah duit.

Bagi saya, emas cuma satu alat.

Kalau digunakan dengan tujuan yang betul, ia boleh membantu kita:

menyimpan lebih lama,

mempelbagaikan aset,

dan membina sedikit nilai dari masa ke masa.

Tapi sebelum fikir:

“Berapa gram aku nak kumpul?”

mungkin soalan yang lebih penting ialah:

“Kewangan aku sekarang sudah cukup stabil ke untuk mula simpan emas?”

Kalau jawapannya belum, tak perlu tergesa-gesa.

Bina asas dahulu.

Emas tak ke mana.

Dan bila sampai masanya, mula dengan jumlah yang kita mampu — bukan jumlah yang membuatkan hidup kita semakin sempit.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini