SIMPAN GAJI 10% UNTUK BINA TABUNG KECEMASAN, SELEBIHNYA BARU BELANJA

tabung kecemasan

Tak kisah apa saja pekerjaan yang kita jalankan, saya rasa paling kurang kita perlu ada tabung kecemasan (3 – 6 bulan gaji)

Tahun terakhir saya di kilang membuat meter, seorang rakan pejabat saya membeli sebuah myvi (baru lancar), sekitar RM400++ installment ketika itu. Tak sampai beberapa bulan, seorang technician di shop floor pula beli Proton Gen2 (juga baru lancar).

Saya masih lagi dengan motor setia dari penghujung pengajian zaman universiti, Modenas Kriss. Mak bayar separuh masa belajar, bapa pula bayar sikit dan selebihnya saya bayar sendiri. Setahun di kilang, hutang motor langsai.

Tak banyak pun gaji saya. Ketika itu permulaan gaji sekitar RM1,500. Naik RM300 bila dah confirm. Last gaji tahun ke-3 (2007) dalam RM2,400. Hidup bujang, ketika itu pun tumpang rumah kedua ibu bapa. Syukur tak banyak pun belanja.

Saya pernah baca buku kewangan, tak ingat penulisnya. Dalam buku beliau ada menyarankan, menyimpan 10% dari gaji bersih setiap bulan untuk bina tabung kecemasan 3 bulan gaji cepat² dan selebihnya baru digunakan untuk perbelanjaan bulanan.

Jika ada lebihan lagi? Baru kita laburkan. Sebab itu penting ada pelan perbelanjaan.

Cakap memanglah senang kan. Simpanan 10% saya mulakan setahun selepas bekerja di kilang. Itupun sebab ingat nak kahwin. Duit kecemasan? Memang tiada, bertahun baru boleh kumpul. Yang penting sikit² saya tetap kumpul.

Macam mana saya kumpul? Hidup bersederhana sahaja, janganlah sampai tahap kedekut sangat pula. Cukuplah apa yang perlu, kena tahu membezakan kemahuan dan kehendak. Sekali sekala belanja diri sendiri.

Jika sekarang anda berumur sekitar pertengahan 30-an, tiada simpanan (selain epf), tiada simpanan kecemasan 3 bulan (ada juga pakar sarankan 6 bulan) dan setiap bulan asyik kekurangan duit. Saya rasa perlu dinilai-semula perbelanjaan anda. Jika tak mampu buat, carilah pakar untuk membantu. Mungkin lebih baik dari mata pihak ke-3.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini