• Home
  • Umum
  • SERIUS SERONOK RASANYA BEBAS HUTANG
bebas hutang
InUmum

SERIUS SERONOK RASANYA BEBAS HUTANG

Baru² ini settlekan loan jahat terakhir, perasaan bebas hutang itu teramatlah indah, untuk aku lah..

Sebelum ini ketika settlekan baki pinjaman PTPTN punyalah rasa seronok, aku bawa satu family makan besar celebrate. Kali ini lagilah rasa luarbiasa, sebab ini hutang pinjaman peribadi yang dah lama rasa macam duri dalam bisul yang kau nampak tapi susah sangat nak cabut.

Geram dan Sakit!

Harga yuran kebodohan yang perlu aku tanggung, dekat RM72k juga gara² galak berniaga dulu buka kedai tinted kereta. Adakah aku menyesal? Memang tidak sama sekali. Berhutang ini mengajar aku untuk lebih berdisiplin, lebih menjaga pengurusan kewangan.

Mana taknya, silap langkah, jahanam ke gaung jawabnya.

Adakah sebarang teknik khas untuk menyelesaikan hutang dengan lebih cepat? Pendapat peribadi aku, TIADA! Kecuali kau ada duit lebih i.e pendapatan sampingan/tambahan yang boleh guna untuk membayar balik pinjaman.

Ada juga kaedah “snowball”, tapi itu lebih kepada bagaimana mahu utamakan pembayaran balik pinjaman ke arah bebas hutang.

Jadi kalau ada hutang itu, hadap sajalah, jangan terlalu galak mencari shortcut, takut lagi terjerumus dalam neraka skim. Usaha lebih, tambah pendapatan, bayar lebih secara snowball.

Kita pelan² kayuh nanti sampai juga! Insya Allah

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini