Arkib

Tags

Emas: Simpanan Kecil Untuk Masa Susah

Bila baru mula bekerja, banyak perkara perlu difikirkan. Bayar sewa rumah, ansuran motor, bil bulanan, belanja anak dan macam-macam lagi. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, menyimpan wang kadang-kadang terasa sukar.

Sebab itu ramai mula melihat emas fizikal sebagai satu bentuk simpanan. Bukan untuk cepat kaya, tetapi sebagai persediaan menghadapi masa susah.

1. Emas Boleh Dibeli Sedikit Demi Sedikit

Ramai orang ingat beli emas perlukan modal besar. Hakikatnya, kita boleh mula dengan bajet yang kecil.

Jika kita mampu ketepikan RM50 atau RM100 sebulan, anda sudah boleh mula membina simpanan emas secara berperingkat. Yang penting bukan jumlah permulaan, tetapi konsistensi.

2. Lebih Susah “Terbelanja”

Simpanan dalam akaun bank sangat mudah diakses. Kadang-kadang niat asal nak menyimpan, tetapi akhirnya duit digunakan untuk perkara yang tidak dirancang.

Berbeza dengan emas fizikal. Apabila emas disimpan dengan baik, kita cenderung berfikir dua kali sebelum menjualnya. Secara tidak langsung, ia membantu membentuk disiplin menyimpan.

3. Simpanan Untuk Waktu Kecemasan

Tiada siapa boleh menjangka bila kecemasan akan berlaku. Motor rosak, anak sakit, atau kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba.

Dalam situasi seperti ini, emas boleh menjadi salah satu aset yang boleh dicairkan untuk mendapatkan wang tunai apabila diperlukan. Sebab itu ramai menganggap emas sebagai “simpanan masa susah“.

4. Nilai Wang Boleh Berubah, Emas Kekal Dicari

Harga barang hari ini jauh berbeza berbanding beberapa tahun lalu. Apa yang boleh dibeli dengan RM100 dahulu mungkin tidak sama hari ini.

Walaupun harga emas naik turun dalam jangka pendek, emas telah lama digunakan sebagai penyimpan nilai. Sebab itu ramai memilih untuk menyimpan sebahagian simpanan mereka dalam bentuk emas.

5. Sesuai Untuk Yang Baru Membina Keluarga

Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, tanggungjawab kewangan menjadi lebih besar. Menyimpan emas sedikit demi sedikit boleh menjadi salah satu cara menyediakan tabung masa depan keluarga.

Ia mungkin tidak nampak besar pada awalnya, tetapi selepas beberapa tahun, jumlah yang terkumpul boleh menjadi sesuatu yang bermakna.

Kesimpulannya..

Emas bukan jalan pintas untuk menjadi kaya. Namun bagi mereka yang baru bekerja atau sedang membina keluarga, emas boleh menjadi satu bentuk simpanan yang membantu menghadapi masa-masa yang tidak dijangka.

Mulakan dengan kemampuan sendiri. Tak perlu tunggu gaji besar. Yang penting, mula dahulu dan kekalkan disiplin menyimpan.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini