• Home
  • Mesti Baca
  • FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA EMAS DUNIA (NON FARM PAYROLL, US UNEMPLOYMENT)
faktor mempengaruhi harga emas dunia

FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA EMAS DUNIA (NON FARM PAYROLL, US UNEMPLOYMENT)

Bahagian kedua siri faktor mempengaruhi harga emas dunia, kali ini kita lihat Bahagian 2 iaitu; Non-Farm Payroll dan US Unemployment Rate

Non Farm Payroll dan US Unemployment Rate diumumkan setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan oleh Jabatan Buruh USA dan antara lain merangkumi statistik jumlah penganggur, kadar pertumbuhan kerja dan skala gaji di Amerika Syarikat.

Secara umum, statistik dari kedua² data ini merupakan salah satu indikator tahap kesihatan ekonomi Amerika Syarikat dan ia juga salah satu faktor mempengaruhi harga emas dunia. Bila kadar pertumbuhan kerja menaik maka kadar pengangguran pula menurun. Begitu juga sebaliknya.

Jadi, apa signifikan data ini dalam mempengaruhi pergerakan harga emas dunia?

Mudahnya, pertumbuhan kerja positif menggambarkan kekuatan membeli rakyat Amerika Syarikat meningkat, secara tak langsung permintaan terhadap USD meningkat.

Kita semua tahu kaitan USD dan emas bukan? Bila harga USD meningkat, maka harga emas kebiasaannya menurun.

Kesimpulannya, jika data dari Non-Farm payroll dan US Unemployment rate menunjukkan kadar pertumbuhan positif, USD akan meningkat, seterusnya menurunkan nilai emas.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini