PASCA PKP, MORATORIUM MAHU AMBIL ATAU TAK?

Terkesan dengan pandemik COVID-19, kerajaan kita memperkenalkan moratarium yakni penangguhan pembayaran pinjaman bank selama 6 bulan. Namun, ada juga yang berkira² moratorium mahu ambil atau tak?

Sepanjang PKP ini kerajaan mengumumkan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat, terutamanya yang mungkin kehilangan punca pendapatan sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

Ada beberapa bentuk bantuan dan kelonggaran yang mana² individu layak boleh memohon (ini yang saya tahu, sila tambah di komen jika ada lagi)

  1. Bantuan Prihatin National – bantuan kewangan secara ‘one off’ sehingga RM1,600 kepada individu kategori B40, M40
  2. Bantuan Khas COVID-19 NADMA – bantuan RM100 sehari bagi individu kehilangan punca pendapatan kerana perlu dikuarantin atau menjalani rawatan berpunca dari COVID-19
  3. I-Lestari – kebenaran mengeluarkan simpanan akaun 2 KWSP sehingga RM500 bagi simpanan yang mencukupi selama setahun
  4. Moratorium – penangguhan bayaran semula pinjaman bank (rujuk bank masing² untuk jenis² pinjaman yang layak ditangguh) selama 6 bulan secara automatik

Sehingga hari ini, masih ramai (termasuk saya) yang mungkin keliru dengan kaedah kiraan faedah tertunggak yang akan diakru untuk moratorium ini. Kita yang bukan orang bank akan tertanya² berapa pulak tambahan bayaran kita perlu bayar nanti?

Malah dengan pengumuman U-turn kejap ada kejap tiada faedah makin mengelirukan rakyat yang mungkin dalam mode survival dalam tempoh kawalan pergerakan ini.

Apapun, ini hanyalah pendapat peribadi saya. Kali ini tiada kiraan kompleks dan bukti saintifik. Saya hanya rasa (ikut hati), jika diberikan kesemua bantuan dan kelonggaran di atas, kita ambil saja.

Bantuan Prihatin, saya mohon tak layak. Sistem semakan LHDN maklum pendapatan saya melebihi syarat kelayakan. Mula² frust juga, tapi saya fikir balik, kiranya saya sudah dalam golongan individu berpendapatan tinggi, syukur Alhamdulillah. Sejarah Islam sendiri membuktikan kekayaan itu sangat membantu dalam pengukuhan ekonomi ummah (zakat)

Saya baru memohon I-Lestari walaupun mengikut kira² Insya Allah saya mampu mengharungi pandemik ini walaupun sudah tiada pendapatan sejak dari bulan Feb 2020. Bila bekerja sendiri dalam industri Oil & Gas, saya telah lama latih diri untuk sentiasa beringat dan menambahbaik pengurusan kewangan saya. Moto kerja saya ialah “Langit tidak selalu cerah”

moratorium mahu ambil atau tak

Bagi yang kerja sendiri, kita boleh mencarum sendiri ke KWSP melalui perbankan internet. Saya tahu kerana sejak bekerja sendiri dari tahun 2013, jika majikan tidak mencarum (khasnya lautan luar negara) saya carum sahaja sendiri. Duit kita juga, boleh guna masa depan nanti.

Ada orang berkata rugilah duit simpanan KWSP kita jika ambil duit I-Lestari. Dalam keadaan sekarang yang mungkin kita tiada pendapatan, lagi rugi kalau kita tiada duit untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jika boleh ambil duit kita RM500 sebulan, setahun pun sudah RM6,000. Itupun kalau simpanan mencukupi.

Andai kata kita tak guna pun, kita sudah ada RM500 dalam tangan setiap bulan yang boleh kita jadikan duit kecemasan. Jika anda memang boleh mengharungi tempoh sendu ekonomi pandemik ini sekalipun, duit RM500 ini boleh juga digunakan untuk menstrukturkan semula hutang jika ada, contohnya mungkin boleh kurangkan baki hutang kredit kad secara snowball.

Moratorium pula memang sudah automatik, kecuali jika kita “opt-out”. Hutang dengan bank saya hanya ada untuk kereta. Mula² mahu “opt-out” tapi bila fikir semula, jika ditangguhkan pun sekurang² duit installment setiap bulan untuk kereta boleh letak tepi dahulu. Jika hutang kereta RM500 setiap bulan, ditambah dengan duit I-Lestari, kita sudah ada RM1,000 ‘lebihan’ setiap bulan.

Banyak tu RM1,000, untuk orang yang dah kehilangan punca pendapatan lagilah banyak rasanya.

Bahaya ada duit yang duduk saja ini. Musim kawalan pergerakan ini saja bertambah² transaksi jual beli online. Rakyat umpama lupa, ada duit lebih yang tak digunakan patutnya disimpan atau diketepikan. Mana tahu lepas 6 bulan, yang ada kerja tiada kerja atau yang tiada kerja bertambah tipis harapan untuk ada kerja.

Maka kawan² beringatlah, jika layak ambil sajalah segala bantuan. Jangan pula bila sudah dapat duitnya, kita berjoli pula. Tambah pula duit yang tak digunakan itu. Ketepikan siap², cepat² simpan ke tempat yang selamat dari tangan gatal kita seperti Tabung Haji, ASB atau Emas.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini