SEJAUH MANA ANGGAPAN EMAS SAFE HAVEN?

emas safe haven

Seringkali kita terdengar bila berlaku insiden global yang menyebab ketidakstabilan geopolitik, maka para pelabur akan lari ke aset selamat emas Safe Haven

Ketidakstabilan geopolitik ini mungkin berpunca dari ketegangan negara serantau (kebiasaannya melibatkan peperangan), atau gejala pandemik terkini Coronavirus Wuhan (COVID-19).

Kebiasaannya apabila ekonomi terjejas akibat gejala besar, para pelabur akan melarikan wang mereka ke safe haven, yakni aset yang dianggap aman dan tidak terjejas teruk oleh insiden besar.

Terdapat banyak jenis aset yang dianggap safe haven oleh golongan pelabur seperti;

  1. Bank Bon – biasanya bon yang dikeluarkan oleh bank pusat negara berkuasa besar
  2. Logam berharga – Emas dan Perak
  3. Matawang kuat – Contohnya USD, JPY dan CHF (Swiss Franc)
  4. Hartanah – Tanah, perumahan

Mungkin sejak akhir ini, anda dihujani berita² mengenai kenaikan harga logam kuning mendadak gara² isu pandemik COVID-19. Ini terjadi kerana ekonomi China mula bergolak dan para pelabur yang sudah mula goyah dengan ekonomi China, mengalihkan sementara duit mereka dari pasaran stok sebaliknya ke logam berharga pula.

Menurut jurnal Is Gold a Hedge or a Safe Haven? An Analysis of Stocks, Bonds and Gold , B.M Lucey, terbitan Eastern Finance Association, 2010, emas tiada kolerasi dengan mana² pasaran stok dunia. Ini bermaksud, nilai logam ini naik turun dan tidak terikat dengan naik turun sesuatu pasaran stok dunia.

emas safe haven
Korelasi Harga Emas dengan Pasaran Stok Dunia

Soalnya sekarang, apakah benar isu pandemik COVID-19 in punca kenaikan harga emas semasa?

Trend harga logam berharga ini, 6 bulan ke belakang memang sudah dalam keadaan menaik. Seorang penganalisa carta akan berkata; “Carta tidak pernah berbohong”.

Harga emas disebabkan beberapa faktor mempengaruhi pergerakan emas dunia sudah mula menguat dan mahu pecahkan harga “resistance‘.

Namun, gejala Coronavirus ini juga sudah pasti menyumbang kepada pergerakan naik harga logam. Ini kerana, norma manusia bila dalam keadaan panik, mahu menyelamatkan duit dan kebiasaannya dialihkan ke bentuk yang berzaman dianggap ada nilai tersendiri, sesuai dijadikan safe haven.

Jadi, adakah sekarang sesuai mahu membeli emas? Tentukan dahulu posisi belian anda. Usah terikut sangat dengan hype. Nak pula jika ada dengar orang beriya² mencanang perlu beli logam bernilai ini sekarang.

Harga emas ada naik dan ada juga turun. Nak mula menyimpan logam berharga ini, boleh sahaja hubungi saya.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini