HARGA PASARAN EMAS TAK STANDARD

Jika kita teliti betul², lain kedai, syarikat malah bank sekalipun meletakkan harga lain². Tiada undang² khas kerajaan bagi memastikan harga pasaran emas diselarikan

Jadi, jika kita mahu membeli emas, tak kisah lah untuk simpanan atau pelaburan atau beli barang kemas, perlu kita tahu beberapa perkara mengenai harga emas.

  1. Harga emas tidak standard. Mana² syarikat bebas menjual pada harga yang mereka suka.
  2. Harga emas biasanya berdasarkan harga spot + premium over spot. Premium ini lain² ikut syarikat. Boleh semak goldprice.org untuk harga spot.
  3. Semak betul² harga emas itu untuk jenis emas apa, adakah 916K (kebiasaannya untuk barang kemas) atau 999K (kebiasaan bentuk pelaburan – gold bar, syilling dinar)

Memandangkan lain syarikat mempunyai kos operasi dan margin untung yang berlainan, maka harga premium pun pastilah berlainan. Jadi sebab itu tiada keseragaman harga pasaran emas di Malaysia.

Yang ada pun di Malaysia ialah Federation of Goldsmith and Jewellers of Malaysia (FGJAM). Kebanyakkan ahlinya terdiri dari syarikat yang merupakan ahli persatuan emas negeri. FGJAM ada menerbitkan harga emas bulanan.

Kedai emas popular, biasanya mengikut harga emas persatuan peniaga emas Malaysia (FGJAM). Bagaimanapun majoriti kedai emas sekarang tidak lagi mengikut harga FGJAM. 

Pada pendapat saya, bukan harga saja menjadi penentukur nak beli emas, kita patut tengok 5 faktor secara keseluruhan sebelum mahu membeli emas.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini