• Home
  • Umum
  • MENCURI KAN BERDOSA, MENCURI MASA KERJA BAGAIMANA?
mencuri masa kerja
InUmum

MENCURI KAN BERDOSA, MENCURI MASA KERJA BAGAIMANA?

Geng, carilah keberkatan dalam gaji. Janganlah kita mencuri masa kerja..

Bapa mertua saya pernah pesan; “Jangan mencuri masa kerja. Nanti gaji tak berkat”

Masa kerja di ofis korporat Melayu dulu, memang biasa staff suka “curi masa”. Biasalah perangai umat Melayu, selagi boleh pagi petang siang malam nak mengeteh.

Kalau di Malaysia ni paling teruk hari Jumaat. Orang lelaki suka meleret² lunch time. Zikir lama lepas solat agaknya. Yang perempuan pula ada juga sampai tengok wayang, yelah waktu lunch kan lama.

Saya pun sama saja dulu, terikut². Kalau masuk ofis awal lepas solat Jumaat tu, memang ada saja yang perli. Aduh, rasa tak seronok pula kerja di negara sendiri. Kalau di Singapura dulu senang, memang ada kelonggaran ke solat Jumaat (untung, tak semua syarikat bagi), tapi cukup time sambung lah kerja.

Lepas kena notis mengejut, saya tukar kerja ke syarikat Borneo, sempat juga setahun saya di sana. Saya join pun atas dasar pujukan sahabat. Kalau ikutkan saya nak freelance ke offshore saja. Rasa tepu sangat dah kerja ofis.

Di syarikat Borneo, saya cuba applikasikan pesan bapa mertua saya. Saya cuba cukupkan waktu kerja. Lebih pun tak apa. Hati lebih tenteram. Kerja pun boleh buat lebih efisyen. Alhamdulillah.

Masa itu kekurangan staff sangat, staff yang ada pun tak banyak pengalaman. Jadi, banyak kerja yang saya perlu lakukan dari ground works. Saya tak kisah, lagipun saya suka kongsi pengalaman. Ilmu kan milik Tuhan, kita sampaikan saja.

Walaupun banyak kerja, saya cuba tak curi masa, malah saya pastikan syarikat Borneo berhutang masa dengan saya. Kalau betul masa itu emas, jenuh kita nak ganti kalau kita mencuri masa kerja

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini