Arkib

Tags

  • Home
  • Umum
  • KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KERJA SENDIRI, SESUAIKAH UNTUK ANDA?
InUmum

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KERJA SENDIRI, SESUAIKAH UNTUK ANDA?

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman (7 tahun) kelebihan dan kekurangan kerja sendiri..mana tahu ada di kalangan anda sedang berfikir mahu berhenti kerja dan mula kerja sendiri

Pertama sekali, definisi “kerja sendiri” ini perlu kita fahami. Setengah orang, bila kata kerja sendiri diertikan dengan berniaga. Sebenarnya, maksud kerja sendiri ini pada saya lebih luas.

Sebagai contoh, saya “jual diri” kepada syarikat Oil & Gas yang memerlukan khidmat kepakaran saya dari skil set yang ada. Jadi bisnes saya sebenarnya ialah jual servis, dan bukan jual barang.

Bisnes yang jual barang, ialah bersama Public Gold. Itupun saya hanyalah dealer atau ejen, orang minat mahu beli atau jual emas, saya tolong permudah cara dan dapatlah sedikit komisen.

Soalan yang sering berlegar dalam kepala seseorang, bila terfikir mahu berhenti kerja dan mahu kerja sendiri; Sudah Bersediakah Aku?

Pengalaman saya, perlukan 3 percubaan untuk betul² bersedia. Semasa saya bekerja makan gaji, saya ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Berniaga walkie talkie, spare part kereta dan yang tersungkur teruk bisnes tinted kereta.

Setelah mual dengan kerja di syarikat korporat Melayu, saya ambil keputusan untuk angkat kaki. Nasihat saya yang pertama, terjun dahulu berenang kemudian, namun..

Apa perlu ada untuk kerja sendiri?

Kabel
Tak kenal orang, tiada orang mahu rekemendasi kerja. Dari kerjaan² kita pula lebih banyak kenal orang, luaskan lagi network. Kita berikan yang terbaik, kerja dengan bagus, bukan kipas orang.

Rezeki
Ini bukan bidang kuasa kita, tapi awal lagi ditentukan Tuhan. Bagi umat Islam, boleh kita laksanakan amalan yang menjemput rezeki. Wirid dan doa spesifik, bangun solat tahajjud, solat dhuha dsb, Ikutlah kemampuan kita.

Sikap
Jika saya bos, saya lebih utamakan sikap seseorang dari skil atau kepandaian. Pandai saja tapi perangai tak bagus pun tak guna. Kerja pandai pun tapi bongkak pun buat apa. Jadi, sikap atau attitude yang bagus perlu jadi keutamaan. Yang lain boleh belajar.

Simpanan
Sebelum mahu kerja sendiri, cuba sedaya upaya adakan simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan perbelanjaan sebelum berhenti kerja. Ini duit ‘back-up’, sekiranya tak berhasil ada juga duit simpanan buat belanja sebelum ‘cut-off’ untuk kita cari kembali kerja lain.

Ubah tabiat berbelanja
Kerja sendiri ini, langit tak selalunya cerah, ada harinya hujan. Jadi, tabiat berbelanja kita perlu diubah. Jika dahulu kerja makan gaji, pendapatan itu tetap tapi bila kerja sendiri ini, pendapatan tak tetap. Kalau dapat bayaran bagus pun, mungkin tempoh bayarannya lama. Jika boleh, “gajikan” sahaja diri sendiri seperti dulu, sewaktu makan gaji.

Apa yang best kerja sendiri?

Masa
Jika mahu wang, kita perlu jual masa kita. Kerja sendiri, kita boleh jual masa ikut suka kita. Ada masa, boleh habiskan dengan diri sendiri/keluarga. Tapi, kalau tak jual sangat, nanti kita tiada wang pula.

Persepsi berubah
Bila ada masa, seperti semuanya di-reset. Masa pun macam jalan perlahan. Kita lihat orang sekeliling berkejaran, rata² mengikut kitaran kejam “the rat race”. Naluri ‘survival’ kita juga meningkat, kita mahu dan sanggup belajar benda baru bagi menjamin aliran pendapatan.

Boleh jana pelbagai pendapatan
Jika berharap kepada satu sahaja pendapatan, bukan namanya kerja sendiri. Kan sudah punya masa fleksibel? Jadi kita boleh mengadakan pelbagai aliran pendapatan lain. Lebih berkat, kerana takkan kita mahu curi² masa bekerja untuk berbisnes pula?

Jadi, apa pula yang tak best kerja sendiri?

Tiada pendapatan tetap
Boleh gila kalau lama tiada kerja, atau terlalu lama bayaran kerjaan tergantung. Tak senang duduk

Tiada caruman majikan untuk KWSP
Jika kita sudah biasa menyimpan, maka boleh sebenarnya kita mencarum sendiri ke KWSP. Tapi, tiadalah bahagian caruman majikan.

Laporan kewangan tidak kuat
Kalau kerja sendiri tanpa pendaftaran perniagaan atau syarikat, amatlah rugi. Dengan kedua ini, sebenarnya dapat membantu kita dengan memperkasakan status kewagan kita di mata bank. Syaratnya, audit kewangan perlulah cantik dan kita perlu menaksir cukai.

Tiada kelebihan perlindungan kesihatan dan nyawa
Jika dulu makan gaji, kebiasaannya kedua ini di bawah syarikat. Bagi yang baru mula² mahu kerja sendiri, mungkin berkira² dengan perbelanjaan bulanan dan kebiasaannya dua perkara ini akan dilupuskan (atau memang tiada dari awal. Fahami segitiga kewangan dah tentukan keutamaan kita.

Jadi ini serba sedikit perkongsian saya selama bekerja sendiri. Tidak semuanya indah, dan tidak semuanya huduh. Yang penting, kita tahu apa yang kita mahu, dan berusaha ke arah matlamat yang kita tetapkan.

Ayuh bersama kita kejar kebebasan kewangan, supaya kita punya Masa

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini