Arkib

Tags

kandungan emas 18 karat

KANDUNGAN EMAS 18 KARAT

Jika kita faham apa isi kandungan emas 18 karat, bagi penggemar barang kemas, tidak kisahlah Emas Kelantan, Emas Dubai, Emas India, Emas Paun, Emas Siam dan pelbagai lagi sudah pasti tidak risau untuk berjual beli.

Masalah sering kita dengar, ialah bila ada di kalangan rakan kita mungkin berkata tidak bagus beli emas Kelantan, nanti susah nak jual di luar dari Kelantan. Atau, bagus beli emas paun kerana harga murah.

Barang kemas popular di Malaysia daripada ketulenan 18k dan 22K. Jadi ada baiknya kita faham terlebih dahulu apa kandungan emas 18 karat ini, atau karat yang lain.

Emas bersifat mulur dan seragam, jadi tidak kisahlah di Siam, atau Kelantan. Asalkan keluar dari perut bumi ianya homogenus. Yang membuatkan ia berbeza dari segi ketulenan ialah kadar campurannya dengan logam lain.

Sistem Karats

Bila logam ini diproses, ia digredkan mengikut ketulenan dalam 24 bahagian. Ini merupakan piawai Gold Karats. Contoh mudah, andai kata rantai tangan anda berkeberatan 24g, dan tiada logam campuran lain maka rantai anda ialah berketulenan 24K. Jika kurang, maka kadarannya juga berubah.

Kenapa dicampur dengan logam lain?

Logam ini bersifat lembut, jadi dicampur dengan logam lain bagi “mengeraskannya”, jadi lebih mudah dibentuk kepada barang kemas contohnya.

Ada juga dicampur logam lain untuk memberikan warna yang lebih cantik, seperti ditambah kuprum untuk menghasilkan Emas Ros

Bagaimana mahu kira % ketulenan emas berdasarkan Karat?

Kita ambil contoh, anda membeli cincin 18K. Berapakah ketulenan sebenar cincin ini?

Ketulenan emas (dalam %) = (18K / 24K ) x 100% = 75% atau emas 750

Berikut ialah jadual ringkas penukaran Karat kepada % ketulenan sebagai panduan

KaratBahagian Emas % Ketulenan Ketulenan MillesimalNama Popular
9K9/2437.5 375
10K10/24
41.7 416/417
12K12/2450.0 500
14K14/2458.3 583/585
18K18/2475.0 750 Emas Paun
20K20/2483.3833/835Emas Kelantan
22K22/2491.7 916/917 Emas 916
24K24/2499.9 999 Emas Tulen

Jadi sebagai pembeli emas khususnya barang kemas, penting kita ambil tahu 2 bahagian;

  • Kandungan emas yang digunakan. Ini kerana harga per gram emas berlainan mengikut ketulenan.
  • Upah tukang. Berbeza bagi setiap kedai emas, dan tidak tetap.

Kerap sangat terima mesej bertanyakan ketulenan barang kemas, saya senaraikan maksud stamping yang biasa kita boleh jumpa atas barang kemas di Malaysia

  • 18K = 18 karat, 75% ketulenan emas padu
  • 18K GP – GP = Gold Plated, kebiasaannya suasa (brass) disadur emas 18k melalui proses elektrolisis.
  • 18K GL – GL = Gold Layered atau Gold Filled, bahan diperbuat dari campuran aloy berlapis dengan emas 18K, di-roll dalam mesin menjadi kepingan seterusnya dibentuk menjadi barang perhiasan.
  • 18K GZ – Stamping Zhulian
  • 18K GK – Emas sadur Korea, bahan disadur mungkin besi atau alloy

Ada lagi stamping yang mungkin tidak disenaraikan, ini hanya yang popular saya jumpa dan orang sampaikan.

Secara umum, barang kemas sadur atau “gold plated” dikatakan “tidak ori”. Maksud di sini ialah, barang kemas sadur tidak setaraf dengan emas padu dari segi ketulenan keseluruhan. Tidak semua barang kemas yang ada stamping GP contohnya, jadi cara bagus adalah bawa barang kemas ke kedai emas atau ar-rahnu dan uji ketulenan sendiri.

Ar-rahnu tidak terima pajakan emas sadur, kedai emas pula hampir semua tidak terima belian balik emas sadur kerana “tiada nilai” atau senang cerita tak laku.

Harapnya info ini dapat membantu anda untuk lebih faham bila menghadap kandungan emas 18 karat atau karat yang lain

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini