Arkib

Tags

APA ITU AUTOLIFE INSURANCE KERETA?

Kebiasaannya, untuk renew road tax kereta, kita akan renew insurans atau takaful kan. Tapi itu untuk perlindungan kenderaan dari kemalangan, kehilangan, dsb. Ada satu lagi bentuk pelan perlindungan iaitu autolife insurance kereta. Bezanya autolife ini sebenarnya produk berbentuk “Reducing Term Takaful atau Insurans”.

Secara amnya, ia adalah bentuk perlindungan ke atas baki pinjaman kita. Jadi, bila kita beli kereta menggunakan pinjaman, dengan adanya produk ini kita dapat beberapa kelebihan iaitu;

#1 – Perlindungan Kewangan

Sekiranya peminjam meninggal atau tidak upaya kekal, insuran ini secara automatik akan menyelesaikan baki pinjaman kereta kita. Jadi, waris dah tak pening kepala nak settlekan loan kereta arwah. Nak pula kalau baki hutang lebih tinggi dari nilai kereta, waris pula kena top-up..

#2 – Pilihan Autolife Patuh Syariah

Dalam zaman serba moden ini, produk autolife sudah ada yang patuh syariah. Jadi bagi umat Islam kita sudah ada pilihan

#3 – Bayaran “1 Shot”

Autolife yang saya langgan pun bayarannya sekali sahaja. Cuma, setakat yang saya tanya² hampir kesemua syarikat yang menyediakan pelan ini hanya untuk pembelian kereta baru. Jadi, kita perlu tanya sales agent untuk tambahan khidmat pelan ini. Namun ada sesetengah syarikat masih menawarkan pelan ini sekiranya baki term loan masih panjang, kita tanya sendiri bank atau syarikat takaful dan mereka akan advise & kirakan.

#4 – Urusan Mudah & Biasanya Penerimaan Automatik

Kalau insuran atau takaful, kadang² kita perlu buat medical check up. Untuk pelan ini, biasanya “apply & dapat”, tinggal kita nak sain sahaja

Seperti dalam segitiga kewangan, “perlindungan” melengkapkan pelan kewangan kita. Dalam hal ini, bila kita beli kereta secara pinjaman, dengan adanya autolife insurance kereta, sekiranya kita meninggal mengejut sekurang²nya ada perlindungan untuk menyelesaikan satu “hutang” kita dan waris kita tak perlu pening kepala.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini