tabung pendidikan anak

EMAS SEBAGAI ALTERNATIF TABUNG PENDIDIKAN ANAK

Terdapat banyak instrumen simpanan yang boleh kita gunakan sebagai tabung pendidikan anak, cuma kali ini saya nak ajak ibu bapa pertimbangkan simpanan emas..

Jom kita tengok contoh ini. Yuran pengajian UTM (uni lama saya) sekarang RM2,495/semester maksima

Sekitar RM24,950 diperlukan utk kursus pengajian 5 tahun. Ini belum masuk duit makan dll. Tahun akhir kalau buat projek hardware, tambah lagi perbelanjaan.

tabung pendidikan anak

Zaman saya belajar pinjaman PTPTN mencecah RM32,000 gara² extend pembelajaran. Lepas 16 tahun baru langsai bayaran balik. Penat bayar semula

Bila mula menyimpan emas, saya nampak kelebihannya sebagai penyimpan nilai. Emas meningkat harga dan sesuai dijadikan simpanan jangka masa lama.

10 tahun lagi anak sulung saya mungkin ke universiti, jika difaktorkan inflasi pada kadar 2% setahun (minima), mungkin perbelanjaan universiti ketika itu boleh mencecah RM48,000.

Apakah kita nak warisan kita mengikut kitaran sama berhutang untuk belajar?

Saya tak nak. Paling tidak pun, kita subsidi lah sedikit.

Maka itu saya sudah mula menyimpan emas utk anak-anak sikit-sikit. Harapnya tak perlu mereka berhutang kelak untuk belajar.

Macam sahabat saya, beliau anak²nya 4 orang jadi mungkin agak berat jika mahu menyimpan 1 gram untuk setiap anak² beliau.

Jadi, apa yang beliau buat ialah bulan pertama RM100 ditukarkan kepada emas dalam akaun GAP yang sulung. Bulan kedua lagi RM100 pula untuk yang kedua, dan seterusnya RM100 untuk yang ke-3 dan ke-4 di bulan² berikutnya.

Mungkin anda juga boleh cuba emas sebagai alternatif tabung pendidikan anak.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini