KATEGORI PEMBELI EMAS MALAYSIA

kategori pembeli emas

Emas merupakan salah satu bentuk simpanan dan juga boleh menjadi sebuah bentuk pelaburan. Jika sudah bersedia, seseorang itu hendaklah posisikan diri sendiri mengikut kategori pembeli emas yang ada.

Secara umum ada 3 kategori utama jenis² pembeli emas ini khususnya di Malaysia iaitu;

  1. Gold Saver (Penyimpan)

    Orang ini membeli emas kerana hendak menyimpan. Ada duit, beli emas, simpan. Orang ini tak kisah harga naik atau turun, orang ini akan tetap membeli. Dia tahu emas ada NILAI. Dia mengumpul BERAT. Ada duit lagi? Dia beli lagi dan simpan. Ada lagi? boleh bagi saya sikit.
  1. Investor (Pelabur)

    Orang ini kebiasaannya mempunyai surplus duit yang banyak. Kebiasaannya, orang ini akan membeli emas ketika harga rendah, dan menjual ketika harga tinggi. Untung FAST cash. Orang ini selalunya melengkapkan diri dengan ilmu teknikal analisis pergerakan harga emas, jadi dia tahu di paras mana boleh memaksimakan keuntungan.
  1. Trader (Peniaga)

    Orang ini berniaga emas. Harga tinggi ataupun rendah, Jual dan Beli tetap ada untung. Yang ni pasti ramai suka!

Ada juga satu kategori khas yang diterimapakai umum iaitu;

  1. Collector (Pengumpul) – Ada juga orang panggil Penagih

    Orang ini membeli segala emas unik, pelik, luar biasa cantik dsb. Ada juga yang mencari design yang stop production, ada juga yang mencari produk dengan sijil ketulenan ber-nombor siri cantik dan macam².

    Contohnya, item stop production Public Gold edisi Zodiac “Goat” dan “Monkey” dijual di market runcit pada harga sedikit tinggi dari harga siling. Bila ada permintaan, pasti ada penawaran

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini