Arkib

Tags

sebelum membeli emas

TENTUKAN DAHULU POSISI ANDA SEBELUM MEMBELI EMAS

Orang nak beli emas, kita pun sibuk nak beli. Bila tak study habis² marah pula orang lain. Tenanglah, tentukan dahulu posisi anda sebelum membeli emas.

Sering juga saya mendapat soalan dari customer sedia ada saya;

  1. Masa bila paling sesuai beli lagi?
  2. Bila dah simpan emas, bila masa sesuai nak jual semula?
  3. Saya nak mula simpan emas, tapi tak pasti nak beli gold bar/dinar atau barang kemas

Seperti dalam post saya yang lepas, ada 3 kategori pembeli emas. Jadi, sebelum membeli emas, anda harus tentukan dahulu posisi anda samada sebagai; Penyimpan, Pelabur atau Peniaga.

Posisi Pelabur memerlukan tambahan skillset menganalisa graf pergerakan harga emas. Ini untuk memaksimakan keuntungan bila “beli ketika murah, jual ketika mahal”. Saya lengkapkan juga diri dengan ilmu asas Analisa Teknikal Harga Emas oleh Tuan Shufaad Norani. Namun, posisi ini tidak berapa sesuai dengan gaya hidup saya.

Saya lebih selesa di posisi Penyimpan dan Peniaga.

Sebagai seorang Penyimpan, saya tidak pernah sibuk dengan harga emas; naik atau turun. Saya hanya beli secara konsisten setiap kali pulang dari offshore. Selain itu, hasilan dari berniaga juga saya tukarkan sebahagian untung kepada logam berharga ini.

Sebagai seorang Peniaga, saya juga turut berniaga emas bersama Public Gold dengan menjadi seorang dealer dan mendapat beberapa kelebihan.

Untuk soalan terakhir, jawapannya sungguh mudah. Beli emas untuk simpanan ikut saja kemampuan, jadi tak kisahlah mahu beli gold bar /dinar atau barang kemas. Yang penting, sesuai dengan bajet. Simpanan tidak sepatutnya membebankan.

Jika mampu 0.5 gram, beli 0.5 gram. Jika mampu 1 gram, beli 1 gram. Jika mahu membeli 1 dinar (4.25 gram) tetapi kurang bajet, boleh cuba simpanan berdikit² dengan kaedah Gold Accumulation Program

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini