Arkib

Tags

HARGA NAIK, HARGA TURUN..BILA MASA SESUAI BELI EMAS?

Berikutan perkembangan politik dan ekonomi dunia garangan wabak COVID-19, kita lihat banyak berita melaporkan harga² ramalan, agent atau dealer² emas pula semakin galak promosi.. Namun sebenarnya bila masa sesuai beli emas, sekarang-kah?

Menjadi trend saya lihat, dalam beberapa tahun berniaga logam ini bersama Public Gold, masyarakat umum kebiasaannya akan leka dan tidak ambil pusing pun, baik sebagai medium simpanan ataupun pelaburan.

Bila tiba² berlaku kenaikan harga mendadak, seperti dahulu tahun 2012, media massa yang memang hidup dengan men-sensasikan berita, akan terus menerus mempopularkan berita² mengenai trend menggila ini.

Kesannya, masyarakat juga akan terikut² dengan trending. Maka ramailah yang akan mula mencari² maklumat mengenai logam berharga ini. Malah, blog saya ini juga mengalami kenaikan pengunjung lebih dari biasa.

Faktor fundamental luar jangka

Kita sekarang hidup dalam norma baharu. Selagi mana penawar wabak COVID-19 belum dijumpai, selagi itulah ekonomi dunia tidak ikut aliran biasa.

Malah kolerasi pergerakan harga emas dengan USD dan Minyak juga ada masa sudah tidak ikut norma biasa. Dalam masa 6 bulan sahaja, kita boleh lihat logam ini meroket naik harganya.

bila masa sesuai beli emas

Bila masa sesuai beli emas?

Pada saya, jika ada duit lebih yakni simpanan sudah tersedia dan duit ini dijangka tidak akan diguna paling kurang 6 bulan. Tentukan dahulu posisi sebagai pembeli, adakah mahu jadi seorang Penyimpan atau Pelabur.

Jika menjadi Penyimpan, tidak kisah pun bila, harga tinggi atau rendah beli sahaja. Jika belum pernah membeli 1gram sekali pun, bagaimana anda mahu tahu, benchmark harga; samada rendah atau tinggi? Jika asyik mahu tunggu harga mahu turun, bila sudah tiba² naik macam sekarang kelam kabut mahu membeli. Usah berkira² sangat, kerana bila kita menyimpan emas secara konsisten, kita boleh untung dari pemurataan harga belian.

Lain pula jika anda mahu membeli emas sebagai Pelabur. Ini perlukan ilmu tambahan seperti analisa teknikal pergerakan harga emas. Tambahan pula, perlu melengkapkan diri dengan lubuk² informasi berguna yang boleh mempengaruhi harga emas. Jadi, anda tahu bila mahu beli dan bila mahu jual.

Apapun soalan kepada bila masa sesuai beli emas, terletak kepada kita sendiri. Tiada duit pun tak boleh juga, kan?

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini