Arkib

Tags

  • Home
  • Kewangan
  • 5 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PASANGAN BARU KAHWIN

5 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PASANGAN BARU KAHWIN

Selamat pengantin baru! Memasuki alam perkahwinan adalah satu langkah besar yang besar gais, dan satu aspek yang penting untuk diberikan perhatian adalah bab pengurusan kewangan bersama. Berikut saya kongsikan 5 tips dari pengalaman sendiri bagi pasangan baru kahwin untuk menguruskan kewangan dengan bijak:

#1 – Penetapan Matlamat Kewangan Bersama

Sebaik sahaja pasangan memasuki alam perkahwinan, adalah penting untuk duduk bincang dan menetapkan matlamat kewangan bersama. Fikirkan tentang perbelanjaan besar seperti membeli rumah, menyimpan untuk pendidikan anak-anak, dan merancang persaraan. Dengan matlamat yang jelas, pasangan dapat bekerjasama untuk mencapai impian mereka. Zaman sekarang ni kemungkinan suami & isteri perlu bekerja jadi dekat sinilah kita outline betul² mana duit yang “kegunaan bersama”.

#2 – Rancang Bajet Bersama

Bajet adalah alat yang penting dalam pengurusan kewangan. Pasangan perlu duduk bersama untuk membuat bajet bulanan yang merangkumi perbelanjaan harian, bil-bil bulanan, dan simpanan. Kalau ada excel perbelanjaan lagi bagus, senang sikit nampak bajet dan perbelanjaan bulanan. Masuk sekali perbelanjaan bermusim dan tabungan² keperluan khas contohnya pergi holiday ke. Bila ada bajet, sepatutnya takde la buat hutang tak tentu pasal.

#3 – Simpanan Bersama

Bab simpanan bersama ni sangat tricky, time kita bahagia memang semuanya indah belaka. Pendapat saya, akaun simpanan bersama elok hanya kepada benda² tak kritikal, contohnya simpanan kecemasan 3 bulan yang digunakan sekiranya salah seorang pasangan meninggal secara mengejut. Sekurang²nya ada cash in hand boleh akses sementara urusan takaful/hibah/wasiat disempurnakan. Andai kata diadakan simpanan bersama untuk modal beli rumah contohnya, dua² pasangan perlu sama² faham kontribusi masing² dan perlu sentiasa berkomunikasi mengenai perkembangan simpanan bagi mencapai matlamat tersebut. Kita tak mahu, seorang saja syok sendiri menabung, yang seorang lagi pula buat² tak tahu tapi mahukan hasil. Boleh perang gais.

#4 – Hutang Bersama

Ini satu lagi perkara yang saya rasa sangat sensitif dan jika salah langkah boleh membawa kepada perang besar. Kebiasaannya “hutang bersama” ini adalah pinjaman perumahan bersama yang mana, contohnya, bila gaji suami tidak cukup kelayakan memohon pinjaman maka kedua² pasangan membuat pinjaman sebagai “combined income”. Maka dapatlah memiliki rumah yang lebih eksklusif. Di sini pasangan perlu awal² berbincang tentang pembahagian peratus bayaran semula bulanan, jangan nanti seorang ter-miss bayaran, yang sorang lagi pun akan terpalit dengan panggilan bank. Jadi berbalik kepada pepatah lama Melayu; “ukur baju di badan sendiri”. Kita sebagai lelaki, tanggungjawab adalah menyediakan tempat tinggal buat keluarga. Agama tak minta kita sediakan rumah mewah pun. Gunakan akal gais, sabar dahulu. Nanti hidup dah tambah bagus, belilah rumah yang lebih besar dan baik.

#5 – Sentiasa Berkomunikasi

Komunikasi yang terbuka adalah kunci dalam pengurusan kewangan keluarga yang berjaya. Berbincang tentang perbelanjaan besar sebelum membuat apa² keputusan. Tak kisahlah lelaki ke perempuan, seorang atau dua² bekerja perlu bincang sekiranya ada “big purchase” yang perlu dibuat. Ini boleh membuka ruang untuk selesaikan sebarang pertikaian di masa hadapan.

Insya Allah, dengan mengamalkan tip-tip ini, pasangan baru kahwin dapat menjalani alam perkahwinan dengan kewangan yang lebih baik dan bersedia menghadapi apa² cabaran kewangan bersama-sama. Selamat menjalani pengembaraan kewangan gais!

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini