Arkib

Tags

TIPS SIMPAN DUIT KEGUNAAN KETIKA KECEMASAN

Ramai orang mempunyai masalah menyimpan duit, ini kerana naluri kita bila ada duit kita nak belanja. Saya nak kongsi pengalaman dan tips simpan duit yang saya amalkan bertahun² yang saya rasa sangat berkesan.

#1 – Bertindak Sekarang!

Jika tidak bermula, maka selamanyalah kita tidak akan ada simpanan. Simple

#2 – Mulakan dengan berdikit-dikit pun ok

Tepuk poket tanya berapa dalam, kalau dah hanya RM100 yang boleh diketepikan sekurang-kurangnya ada juga daripada tiada langsung

#3 – Buat tabung berlapis

Saya mengamalkan tabung kecemasan 3 lapisan, dengan nisbah 1:2:3. Nisbah ini adalah jumlah simpanan yang bersamaan dengan 1 bulan perbelanjaan rumah.

tips simpan duit

Sebagai contoh, katakan perbelanjaan kita sebulan sebanyak RM5,000. Maka tabung kecemasan yang perlu dibuat mengikut nisbah 1:2:3 adalah; RM5,000:RM10,000:RM15,000.

Berkonsepkan snowball, kita mulakan saja dulu dengan lapisan teratas sehingga penuh, seterusnya lapisan kedua dan akhirnya lapisan paling bawah.

Setiap lapis simpanan pula, haruslah menggunakan medium berlainan dengan lapisan pertama adalah yang paling mudah cair atau paling mudah kita akses.

Sebagai contoh, saya menggunakan Tabung Haji sebagai tabung simpanan lapisan pertama, kerana sekarang sudah boleh link dengan akaun bank kita. Lapisan bawah, saya menggunakan ASB kerana lebih kurang cair, susah sikit untuk saya akses kecuali dengan ke mana² ejen ASB untuk jual semula saham. Lapisan terbawah saya memilih emas fizikal kerana pada saya emas adalah medium yang paling susah untuk kita cairkan, nak jual kena pergi ke kedai atau syarikat emas. Namun, pengalaman saya sendiri dengan emas, bila dah pegang emas fizikal sangat susah (dan sayang!) untuk kita jual

#4 – Disiplin dan Jangan Curi Duit Simpanan Sendiri

Ini sangat penting, kalau dah asyik mencuri duit simpanan sendiri, sampai bila tabung kita nak penuh?

#5 – Scale Up! Jadi, berapa banyak simpanan yang cukup?

Pakar kewangan menyarankan simpanan berjumlah 3-6 bulan perbelanjaan bulanan bagi mereka yang bergaji tetap. Macam saya bekerja sendiri, saya cuba bersiap sekurang-kurangnya simpanan 12 bulan perbelanjaan.

Jika sudah bercaya penuhkan tabung mengikut nisbah 1:2:3, boleh teruskan kepada 3:3:3. Pakar ada menyebut simpanan tidak perlu lebih dari 18 bulan perbelanjaan, nanti duit jadi idle, lebih baik kita laburkan untuk tambahkan harta kita

Kalau tiada kerja, sekurang-kurangnya saya mampu survive setahun! Been there, done that

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini