PENTING DIADAKAN SIMPANAN KECEMASAN

kepentingan simpanan kecemasan

Terdapat beberapa keperluan diadakan simpanan kecemasan sebelum ini yang telah saya kongsikan

Terbaiknya diadakan tabungan dari 3 hingga 6 bulan dari jumlah pendapatan bulanan. Tahun lepas contohnya, saya terpaksa menggantikan skrin paparan smartphone Galaxy S7 Edge seorang sahabat saya akibat kecuaian sewaktu sesi mengeteh selepas trip hikersbuncit. Harganya sekitar RM1.2k.

Pengsan!

Mujur ada tabung kecemasan, dengan tabungan ini “cash flow” bulanan saya tidak diganggu. Selamat, tidak pening kepala mencari duit tambahan.

Akan tetapi, untuk mengumpul duit khasnya, untuk dijadikan tabung kecemasan ini memang tak mudah. Kerana kebiasaannya, bila ada kurang duit bulan itu, tabung ini antara “sumber²” yang akan dikorbankan. Maklum saja, keadaan mungkin terdesak, duit pula depan mata.

Saya cadangkan jika ada masalah kebocoran dalam membina tabung ini, cuba pula “tabung simpanan kecemasan emas”. Setiap bulan, masukkan saja duit yang diperuntukkan untuk dana kecemasan tadi ke tabungan emas contohnya, Gold Accumulation Program (GAP)

Duit tak bocor, tabung kecemasan terpelihara

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini