cara simpan duit kahwin

TEKNIK SELAMAT UNTUK SIMPAN DUIT KAHWIN

Kebiasaannya kita akan decide dulu, sebelum fikir bagaimana kita nak cukup duit untuk kahwin. Kali ini saya nak cadangkan satu kaedah untuk simpan duit kahwin..

Biasanya bila dah confirm nak kahwin, secara tak sedar mindset kita lelaki dah set, macam mana pun kena cari duit bagi cukup. Macam² lah yang kita buat, paling nampak time tu apa pun semua nak jimat.

Masa tu lah baru saya belajar buat excel perbelanjaan bulanan, sebab asalnya buat excel perbelanjaan perkahwinan dahulu. Tak nak duit bocor terbelanja tak nampak ke mana.

Elemen yang penting ketika itu ialah disiplin. Iaitu “kepaksaan” terhadap diri untuk menabung.

Semasa saya sibuk menabung untuk berkahwin, agak mengejutkan kerana setiap bulan saya mampu menyimpan sehingga RM300. Masa tu muda, kerja pun baru sangat lagi. Mujur keluarga faham dan “top-up” juga apa yang patut. Keluarga isteri pula tak letak duit hantaran tinggi sangat.

Dahulu saya tidak tahu ada simpanan emas fizikal. Pada pendapat saya simpanan emas ini satu bentuk “tabung kepaksaan” paling efektif.

Contoh dengan tabungan 1 gram 1 bulan, pada harga sekarang sekitar RM180 jika kita konsisten menyimpan setahun atau dua paling tidak sudah ada 12 – 24 gram dalam tangan. Boleh jadi salah satu cara simpan duit kahwin, malah boleh juga dijadikan mas kahwin.

Emas susah nak dibelanjakan sebab naluri manusia sendiri. Bila sudah capai target, baru kita jual. Dalam kes simpanan emas 24 bulan pada harga purata RM180, saya anggarkan sekitar RM5,000 boleh terjual (setelah tolak spread dan mengambil kira % kenaikan harga tahunan)

Jadi, kalau ada yang nak kahwin tu boleh juga consider emas sebagai “tabung paksa untuk belanja kahwin”.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini