• Home
  • Umum
  • ASYIK TENGOK SAHAJA HARGA SAMPAI SUDAH TAK BELI EMAS
InUmum

ASYIK TENGOK SAHAJA HARGA SAMPAI SUDAH TAK BELI EMAS

Orang kita ni pelik sikit, bila harga menggila naik maka pakat beramai² umat nak beli emas, tapi bila harga dah menurun..

Bila harga menurun, ditengok pula sahaja. Mahu tunggu harga turun lagi. Pelik tak? Sedangkan boleh saja beli masa harga tengah tinggi.

Ini namanya pembelian ikut trending

Kita sedia maklum yang harga logam kuning ini, ada naik dan ada turun. Namun kalau secara jangka lama, harga logam ini tetap akan meningkat.

beli emas
harga emas tahun 1989 (foto kredit: Faris Idros)

Kalau asyik mengenangkan zaman dulu, memang harga emas “murah” jika dibandingkan dengan sekarang. Masa itu, sebenarnya harga mungkin mahal, atau paling tidak “normal” untuk ketika itu.

Malah, zaman saya kumpul duit mahu kahwin pun, harga emas 916 (cincin belah rotan) tak salah saya RM90/gram. Jika dibandingkan dengan sekarang, murah sangat. Namun masa itu, jenuh mengumpul duit. Siap meminjam kawan (sudah bayar balik)

Nak beli emas ini perlu ada matlamat, kalau beli saja² samada kita ni gila atau dah banyak sangat duit tak tahu nak buat apa. Tentukan dahulu posisi untuk apa membeli, jika mahu savings, mahu melabur atau mahu dijual kemudian hari.

Usah terlalu tengok dan lihat, takut nanti tertinggal bas.

Jika memang sudah ada niat mahu membeli emas, teruskan sahaja dulu. mulakan dulu dengan 1 gram pun sudah memadai. Ini sebenarnya boleh kita jadikan “benchmark” untuk harga mendatang; samada lebih mahal atau lebih murah dari belian pertama kita.

Dulu kalau nak beli emas, dalam kepala hanya akan terfikir barang kemas. Sekarang sudah lebih banyak pilihan, yakni boleh beli logam berharga ini standard pelaburan – gold bar dan syilling dinar.

Kalau asyik menunggu saja, percayalah 3 tahun kemudian pun belum tentu ada 1 gram yang pertama.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini