• Home
  • Kewangan
  • BOLEHKAH KITA MENYIMPAN DUIT DENGAN GAJI KECIL TERUTAMANYA DI BANDAR?

BOLEHKAH KITA MENYIMPAN DUIT DENGAN GAJI KECIL TERUTAMANYA DI BANDAR?

Dilema warga kota, kos sara hidup tinggi bagaimana pula nak menyimpan duit dengan gaji kecil.

Nilai duit bagi setiap orang pula berbeza dan kebiasaannya berkadaran dengan jumlah pendapatan seseorang. Jika orang bergaji RM7,000 misalnya, mungkin pada dia RM50 macam tiada apa. Namun untuk yang bergaji RM1,200 contohnya, RM50 itu banyak.

Jadi bila persepsi terhadap “nilai duit” itu terlalu berbeza, mendorong kepada seseorang itu berfikiran bahawa; “Hanya yang bergaji besar sahaja boleh menyimpan duit”

Saya kagum dengan beberapa orang kawan², yang saya congak jumlah pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM4,000, mereka ini beranak ramai (sekitar 4 orang ke atas) dan tinggal di Metropolis KL.

Namun, tidak pernah sekali saya mendengar mereka merungut tak cukup wang. Mungkin di belakang saya tak tahulah.

Malah di kalangan mereka ada yang membuat tabungan oren atau hijau, malah ada yang menukarkannya kepada emas fizikal (saya tahu kerana mereka membeli emas dari saya)

Apa yang saya dapati, mereka ini mempunyai beberapa ciri persamaan iaitu:

Hidup sangat bersederhana

Saya lihat mereka ini selalunya pilih untuk hidup di bawah paras kemampuan, contohnya mereka mungkin mampu guna kereta seperti Myvi, namun memilih Nissan Livina terpakai kerana mudah bawa anak² (yang ramai)

Rumah jika tak mampu, ada yang sekadar menyewa sahaja. Lama nanti baru boleh beli rumah, itu pun jauh sikit dari bandar.

Dalam berpakaian, jarang dapat lihat mereka mengenakan pakaian branded. Lebih selesa tampil santai dan bersahaja.

Kurang atau tidak berhutang

Susah macam mana pun, mereka takkan berhutang dengan kawan².

Alah, mesti anda ada juga kawan yang asyik meminjam sana sini kan? Selalu saja tak cukup wang, mahu beli susu, mahu beli pampers, segala barangan rumah.

Sebab itu jangan terkejut, mereka yang dikatakan “berpendapatan rendah” lebih banyak menyimpan emas, bila sesak atau susah mereka jual semula.

Jadi bagaimana mereka ini dapat menyimpan duit dengan gaji kecil? Ada beberapa nasihat tabiat yang mereka kongsikan dengan saya..

  1. Bayar zakat, kerana dalam pendapatan kita ada rejeki orang lain. Insya Allah yang “berbaki” itu cukup buat kita
  2. Saving bulanan ikut saja kemampuan, biarpun hanya RM50. EPF itu duit di hari tua
  3. Jika ada duit bonus, 10-15% terus dialihkan ke simpanan
  4. Simpan sedikit emas kerana ia lebih baik dari simpan duit bawah bantal

Apapun, jika tabiat kita boleh diubah, Insya Allah semuanya boleh.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini