Dari dulu, emas tiada dalam sistem kewangan, jadi menyimpan emas boleh bantu orang status bankrap
Kemaskini:
Akta mengenai undang-undang kebankrapan yang kini dikenali sebagai Akta Insolvensi mula berkuat kuasa pada Jumaat lalu (6 Oktober 2017).
Bulan lepas ada seorang kenalan lama menghubungi saya, katanya beliau ingin membeli emas untuk menggantikan simpanan emas beliau.
Khabarnya beliau telah diisytiharkan muflis beberapa tahun lepas. Kerana apa saya tidak bertanya pula, hal peribadi.
Sambil bercerita tentang akaun Gold Accumulation Program (GAP), beliau pula berkongsi kisah bagaimana emas membantu beliau dalam mengharungi hidupnya.
Selepas sah status bankrap, kesemua akaun beliau dibekukan – akaun bank, Tabung Haji, ASB.
Walaubagaimanapun, Jabatan Insolvensi Malaysia membenarkan beliau membuka sebuah akaun baru (terhad). Namun tempoh untuk mendapat kebenaran pembukaan akaun ini memakan masa, jadi ada masa interim yang mana beliau perlukan duit.
Maka, beliau menjual dan memajak emas – hampir kesemua emas perhiasan dalam simpanan beliau digadaikan dan dijual bagi menyara kehidupan dan meneruskan perniagaan.
Kelebihan emas khususnya emas fizikal untuk orang yang diisytihar bankrap;
- Jumlah emas dalam tangan kita tiada siapa pun tahu. Emas adalah unik yang mana jumlahnya tidak direkod dalam sistem kewangan dan perbankan (kecuali emas Gold Investment Account – GIA dan se-angkatan)
- Tiada sekatan undang-undang untuk orang muflis untuk membeli dan menjual emas. Tiada juga sekatan undang-undang penjual emas berurus jual beli dengan orang yang status bankrap
- Tidak ada masalah pun menggadaikan emas untuk mendapatkan pinjaman. Ar-Rahnu tidak menyimpan rekod orang yang diisytihar muflis. Kecuali Ar-Rahnu bank
Bukanlah kita mahu, tapi ada baik kita ada sikit simpanan emas dalam pegangan sekiranya kita pula yang diisytiharkan bankrap?