PENTING SIMPAN EMAS DALAM TANGAN SENDIRI

Jika PKP ini berlarutan sehingga Total Lockdown, harap ramai akan sedar betapa pentingnya simpan emas dalam tangan sendiri sebagai penyelamat bencana kewangan..

Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana penularan wabak COVID-19, banyak bisnes yang terkesan. Bisnes emas juga contohnya terkesan juga, secara baik mahupun buruk.

Sebagai seorang dealer emas Public Gold, jujur saya kata saya terkesan dengan PKP. Walaupun kebanyakkan urusan boleh dilakukan secara online, termasuk jual dan beli. Pada mulanya, kesemua branch buka seperti biasa, namun di awal PKP branch diarahkan tutup jadi urusan collection di branch terpaksa ditunda sehingga PKP dimansuhkan.

Sebagai seorang yang simpan emas tegar, ada juga sejumlah logam berharga ini saya simpan di dalam peti keselamatan deposit syarikat 3rd party. Malangnya mereka juga diarahkan tutup, kecuali keadaan berkeperluan tinggi maka boleh berurusan, itupun perlu buat temujanji terlebih dahulu.

Sama halnya juga dengan akaun GAP Public Gold, saya memang jadikan akaun itu sebagai tempat simpanan sementara sebelum mencapai target terkumpul. Malangnya, kerana PKP saya tidak boleh ke branch untuk keluarkan emas dari dalam akaun.

Ini baru PKP, belum betul² keadaan darurat seperti perang atau total lockdown.

simpan emas

Sebab itu penting kita simpan emas juga dalam tangan, khasnya yang berat kecil (seperti 1 gram) di rumah kita. Andai kata darurat, sekurang²nya ada emas kecil² yang kita boleh guna untuk berjual beli (sistem barter) atau perlu untuk kita lari ke luar negara, ada juga logam berharga untuk membantu. Duit ketika itu saya pasti sudah tak laku.

Jika dilihatkan, lanjutan PKP ini akan membawa kesan negatif kepada banyak bisnes baik yang kecil, mahupun yang besar. Malah langkah kerajaan memberikan moratarium 6 bulan kepada rakyat saya lihat sebagai satu petanda besar kesuraman ekonomi, malah mungkin lebih teruk- kegawatan.

Kemungkinan wabak COVID-19 ini bukan sahaja menyebabkan kematian ramai umat manusia, namun juga bakal menjadi punca kejatuhan ekonomi negara malah kemungkinan di peringkat global.

Bukanlah niat saya mahu menakut-nakutkan anda semua. Tapi sekadar untuk ajak berfikir; jika simpan emas banyak pun tak guna kalau tiada dalam tangan dan tidak boleh digunakan.

Jadi, andai kata kita semua berjaya mengharungi pandemik COVID-19 ini, keadaan kembali pulih seperti biasa, dan anda sudah sedar kepentingan menyimpan emas, panjang umur hubungi saya untuk mulakan simpanan emas.

Syed Mustaffa 019.325.88.44

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini