• Home
  • Umum
  • KOS SARA HIDUP TINGGI ATAU GAYA HIDUP TINGGI?
kos sara hidup tinggi
InUmum

KOS SARA HIDUP TINGGI ATAU GAYA HIDUP TINGGI?

Saban tahun, mesti kawan² kita merungut kos sara hidup tinggi dan makin meningkat kan? Malah kita sendiri pun terasa dengan bahananya; kos meningkat, tapi gaji naik ciput.

Besar periuk, besarlah keraknya

Dulunya hidup cukup simple. Dulu ada motor pun dah ok, sekarang kalau tengok budak baru kerja, rata² paling kurang mesti nak pakai kereta Jepun. Dulu, lepak mamak sampai bergelas² minum dengan kawan (sekarang pun sama) tapi generasi sekarang lebih gemar lepak di kedai kopi hipstur.

Segelas kopi saja sudah 3 gelas teh tarik mamak.

kos sara hidup tinggi

Orang putih kata “peer pressure”. Orang kampung mungkin kata perangai tak nak kalah. Kawan kau baru up gaji, nak upgrade kereta ke Toyota Vios baru, kau pun nak ikut. Sedangkan tahu, gaji memang tak cukup. Nak pakai Perodua Myvi pun sakit, tapi mungkin kerana ada rasa tak nak kalah, di-“usahakan” juga masuk loan kereta besar.

Masuklah neraka wang

Ini semua berkaitan dengan tabiat. Tak perlu diikutkan sangat orang lain. Biar kita dalam rentak irama sendiri. Biar nampak sengkek tapi berduit, daripada nampak berduit tapi sengkek dan terpaksa menampung kos sara hidup tinggi.

Nak belanja teh tarik pun payah

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini