Arkib

Tags

CARA SENANG MENILAI HARGA EMAS SEMASA

Bagaimana dengan penyimpan emas marhaen? Macam mana kita mahu menilai harga emas semasa, menaik atau menurun..

Soalan begini memang biasa berlegar di fikiran pembeli emas, terutamanya yang baru berjinak² dengan logam mulia ini. Banyak sangat soalan, confirm pening. Sebelum ini ada saya kata, sebelum nak beli emas lagi tentukan dulu posisi anda – Penyimpan kah? Pelabur kah? Peniaga kah?

Andai kata anda di posisi Penyimpan sekalipun, jika ada sedikit pengetahuan Analisa Teknikal (TA) Harga Emas juga membantu menentukan posisi belian atau jualan anda. Untuk itu, terbaiknya anda hadir saja ke kelas² sifu TA.

Untuk warga Penyimpan yang rasa terlalu TA terlalu kompleks, anda juga boleh mendapat bebarapa maklumat penting dengan ke laman kitco.com untuk menentukah tahap kesihatan pergerakan harga emas.

Terus ke bahagian komentari laman kitco dan klik pada “Jim Wyckoff’s Analytical Chart”

harga emas semasa

Kita bukan hendak melihat secara terperinci aspek teknikal graf ini. Sebagai asas, jika anda tidak mahu pening kepala dengan perkara teknikal, anda hanya perlu tengok bahagian yang telah dibulatkan.

Wyckoff Market Rating ialah satu rating penilaian oleh Jim Wyckoff dan diberikan dari nilai 1 sehingga 10, dengan 1 menunjukkan market dalam keadaan “bear” dan 10 menunjukkan market dalam keadaan “bull” dan 5 ialah rating neutral. Untuk yang tidak tahu, “bear-ish” market bermakna trend sedang menurun dan “bull-ish” market bermakna trend sedang menaik.

Rating ini hanya sekadar indikator pergerakan harga dan ianya terlalu umum. Banyak lagi aspek untuk menentukan masa yang baik untuk menjual atau/dan membeli.

Tetapi jika anda seorang Penyimpan, dengan pengetahuan Jim Wyckoff Rating System mungkin dapat membantu anda memahami keadaan harga emas semasa seterusnya membuat jualan atau belian.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini